Monday, February 28, 2011

Director dan Exam

assalamualaikum kepada semua para pembaca terutama pembaca yang setia menunggu entry baru didalam blog yang dah agak lama tak update untuk kesekian lamanya kerana kesibukkan yang menyelimuti diri ini daripada membiarkan jari jemarinya menari nari diatas papan kekunci yang selalu juga menari tapi bukan untuk taip blog tapi buat script dan documentation untuk website project 1.Alhamdulillah syukur da selesai script dan selesai hantar documentation berserta dengan cd yang mengandui data tentang website yang dicipta.

huh waaalllaaahhh~ gembira bila semua task berjaya disiapkan dalam masa yang ditetapkan cuma website tu patut hantar semalam tapi hantar hari ini pula sebab ade sedikit tambahan yang perlu dilakukan dalam documentation dan coding.tapi yang tak bestnya duit sebanyak RM20.00 terbang melayang dengan begitu sahaja kerana print documentation yang mempunyai 38 muka surat.terdapat beberapa muka surat yang mempunyai gambar yang perlu diprint dengan warna.mungkin sebab itu la mahal gila.



tapi tak apa,ini semua hanyalah satu pengorbanan yang perlu dilakukan demi secebis ilmu yang perlu dicari untuk kegunaan semasa alam pekerjaan dan sebagainya.alhamdulillah.heeeee.just nak menyatakan bahawa penulis blog ini merasakan syukur sangat-sangat sebab task berjaya diselesaikan semuanya dengan hasil usaha sendiri.actually tulis pasal script tu idea semua ahli production.tapi bila difikirkan balik,saya ade bertemu dengan senior saya yang mana sama umur juga dengan saya.

saya cuba berbincang dengan dia dan memberitahu jalan cerita yang hendak diterjemahkan dalam script.tapi dia kata terlalu susah sangat untuk di tulis.script asal yang saya tulis itu sebenarnya boleh buat satu drama yang tempohnya 2 jam.haaaaa.inilah bakat yang saya sendiri tak sangka sangka boleh buat script begitu.padahal nak buat drama 10 minit je pon.script da macam drama 2 jam.memang hebat la kan?director tulis script,memang akan terus buat movie.hahahaha.

jadi saya terpaksa ubah plot tanpa perbincangan ahli crew kerana susah nak jumpa atas sebab kekangan masa dan minggu exam.jadi plot yang mana terdapat 2 watak utama bertuka menjadi 1 watak utama.jalan cerita tak lari dari apa yang diceritakan dalam proposal yang disubmit minggu lepas.haaaa hebat tak?boleh plak ubah ubah cerita tapi tak lari dari apa yang nak disampaikan.pergh!!!boleh tercalon dalam director berkaliber tak?*wink wink* mana tak nya.idea,proposal,script semua hasil dari director sendiri.so maknanya director perlulah mempunyai pelbagai ciri yang baik untuk menjayakan sesebuah produksi kan?kan?kan?tu la saya cakap.bukan senang nak jadi director ni.kena pastikan semuanya berjalan lancar.terutama kalau dapat ahli crew yang tak seberapa nak bagi kerja sama,memang HARU BIRU LAH PRODUCTION kan?eh da macam nama production plak kan?tak sangka boleh buat nama production.hahahaha.

tapi nak buat macam mana.redha jela.pasni takde nak buat sendiri.lepas ni semua aku hambat crew crew yang lain buat kerja diorang.sesuka hati je semua nak director buat.*marah ni marah*

ok nantikan shortlist untuk para pelakon yang akan dipampangkan gambar mereka dalam blog ini tidak lama lagi.terdapat 5 watak je pon.cerita nak gempak je macam berlakon dalam tv.hahaha.takpe lah,excited ni nak mengarah drama sendiri.10 minit pon jadi lah.dont care.mungkin inilah titik tolak permulaan aku sebagai seorang anak seni,mungkin?siapa tahu nanti aku grad jadi director ke?haaaaaa femes aku *demand sungguh aku ni,padahal baru nak buat drama 10 minit dah kecoh*



ok lah itu je nak cerita.sekarang ni pon masih sibuk dengan examination.iaitu hari kedua.ade lagi 3 paper yang blum diselesai tembak sampai hilang.jadi wish me luck untuk lagi 3 paper ye.doa doakan lah saya untuk memudahkan saya menjawab segala soalan yang dilemparkan dalam kertas peperiksaan itu ye.


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.