assalamulaikum dan selamat sejahtera,salam satu malaysia,salam satu bumi salam satu alam semesta salam ukhwah kepada semua sekali.yang pertama sekali alhamdulillah syukur terhadap Illahi kerana menemukan kita semula dalam entry ini.alhamdulillah kerana masih lagi diberi kesempatan untuk melihat,bernafas,mendengar,merasa dan sebagainya.syukur terhadap Allah.Allah itu maha besar.janganlah kita sombong terhadap Allah itu.bak kata Dr.Shaker Mustapa "im a small guy in a big city".itulah tema yang dipegang untuk hari ini sehinggalah saat terakhir hembusan nafas dari jasad yang dipinjamkan ini.
err tetiba je jadi ustaz sebentar.agak berlainan ye pada hari ini.yela baru sahaja selesai seminar sahsiah pelajar cemerlang.haa jadi insaf skit la sebab dapat banyak ilmu yang baru yang tak pernah lagi dapat,disajikan pada hari ini.memang sangat menarik lah sekiranya Dr Shaker Mustapa ini memberi motivasi dengan gaya bersahaja dan padat.itu yang penting.sekiranya ade lagi motivasi anjuran dari Dr.Shaker Mustapa ini,pergi lah merasai kehebatan beliau mengendalikan motivasi yang diperuntukkan.memang tak rugi.
kat sini sebenarnya nak bercerita tentang presentation ideation tentang jalan cerita dan title sequence untuk short drama QUIK production.alhamdulillah jalan cerita tersebut telah pon diterima dengan begitu baik sekali dikalangan lecturer yang mengajar.
sebelum presentation itu,Quik production sangat gementar nak present ideation kami sebab,kami tak rasa yang kami punya ideation dapat diterima baik oleh lecturer yang berkenaan sebab ketika menghantar proposal hari itu,banyak yang dikomen oleh lecturer terbabit.
selalunya group yang present tentang ideation ni sekejap je,tapi tengok ade group yang lama sangat kat dalam,so agak nervous la nak present.Quik Production memang tak bersedia langsung nak present tadi sebab saya sebagai pengarah sibuk dengan program sahsiah pelajar cemerlang.jadi disebabkan mendapat msg dari rakan sekelas group lain,saya pon naik lah untuk join bersama sama present depan lecturer.
yang tak boleh blah nyew,lecturer terbabit siap rekod lagi apa yang group production present.setiap group mereka rakam.memang agak speechless untuk berkata-kata depan videocam.yela saya ni orang miskin,mana pernah berdiri depan videocam untuk dirakam.haaaaaaaaa.disebabkan itu,saya pon mengambil pendekatan bersifat positive iaitu tidak menghiraukan videocam tersebut dan membentengkan terhadap lecturer terbabit.yang lagi satu tak boleh blahnya,crew production semua senyap je masa presentation.agak terkilan jugalah sebab diorang cakap nak backup story semuat tu,tapi bila present satu patah suara pon tak keluar.masa ni da ade nampak sedikit reaksi tentang kerjasama ye.memang kerjasama buat masa ni sangat kurang sebab masing masing tidak mahu bersuara dan mengambil bahagian untuk bercakap dihadapan.
saya sebenarnya kalau boleh nak orang lain pon merasa untuk bercakap kat hadapan tapi malangnya semuanya masih duduk didalam kepompong sendiri lagi.seolah olah mereka merasakan cukuplah dengan ape yang dah ada.bukan maksud saya untuk tidak bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakan,tapi kita sebagai manusia,mestilah mahu cemerlang dari segala segi yang kita boleh.tapi kalau nak cakap kat depan lecturer dalam sebuah bilik pon tak berani,macam mana nak cemerlang??*tetiba je masuk topic discussion masa seminar tadi*
so saya jelah yang bersuara lantang mempersembahkan ideation production kami.sekiranya saya tiada tadi untuk presentation,rasanya crew production saya tergagap gagap rasanya nak bercakap dihadapan lecturer.bukan nak kata bangga diri,sombong bodoh dan berlagak pandai.saya kalau boleh,nak maju kehadapan,biarlah sama-sama.janganlah asyik orang sama je yang mendapat ilmu dan skills untuk diasah.tak bestlah kita berjaya sorang sorang je.dalam belajar ni,kalau nak menarik,orang berjaya,kita pon sama sama belajar dan berjaya,bukan berjaya seorang.itu maksudnya.
so saya harap sangat sangat dengan group production saya sendiri,tampilkan identiti diri sebenar anda dihadapan lecturer.jangan biarkan lecturer ingat wajah orang yang selalu berkata-kata dihadapan.biarlah lecturer mengingati wajah wajah orang lain juga.secara tidak langsung,kita dapat merapatkan silaturahim antara sesame kita.alhamdulillah lah sekiranya kita memperolehi manfaat dari apa yang kita lakukan.takdelah sia sia je.ilmu yang nak dikejar,jangan malu.kalau malu,ilmu itu takkan datang.
Allah.ruginyalah kalau macam tu.belajar ini sebenarnya seronok.serius seronok.tapi bagi student yang tak best pasal belajar ni apabila tiba waktu peperiksaan.itu adalah normal bagi setiap student.kan?saya sendiri pon tak pernah terlepas dari itu semua.saya sendiri mengaku akan hakikat menjadi pelajar ini.tapi ilmu yang ada di dunia ini takkan habis untuk kita pelajari sehingga ke akhir hayat kita.
maksud saya,belajar biarlah untuk menjadi cemerlang dan mencermelangkan orang sekeliling.janganlah kita kedekot untuk berkongsi dengan apa yang kita dapat.sekiranya kita tak beramal dengan ilmu yang kita pelajari,nescaya ilmu itu akan hilang dengan serta merta.*panjangnya membebel.*
malas nak bebel lagi dah.assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment