at last,dah sampai rumah sebenar dilokasi yang tidak diketahui.hahahaha.mencari ketenangan diri didalam rumah dan persekitaran memori yang lama tersimpan disini.tak tahu kenapa still mencari dan ingin mengalami kenangan yang dulu.
duduk kat ipoh,macam macam probs datang dari sem 1 sampai sekarang,bermacam macam masalah.nak sangat cepat graduate.sakit kepala dengan pelbagai masalah yang melanda.bila nak habis semua ini?bila aku boleh buang semua ini jauh jauh dari hidup aku ini?bila aku boleh merasai ketenangan masa sekolah dulu?
haih.da semakin meningkat umur,semakin banyak tanggungjawab yang perlu dipikul.rambut po da boleh nampak dah warna putih 5,10 helai.tunggu masa je nak bertukar semuanya jadi putih macam dalam cerita bleach yang ketua pasukan yang berbadan kecik tu.
kan best kalau boleh jadi kecik je selama-lamanya.bebas melakukan apa sahaja tak kira waktu dan tempat.alangkah bagusnya jika boleh begitu tapi itu hanya sesuatu yang mustahil untuk dicapai oleh seorang manusia.setiap manusia pasti akan dewasa walau macam mana sekali pon.
bila terkenang memori silam,mula lah mata nak berkaca-kaca.bukan mata bertukar jadi kaca.tapi mata mula berair mengenangkan masa sekolah dulu.hidup penuh dengan gembira walaupun hampir setiap hari kena kejar dengan cikgu,nama pon da hampir nak kena blacklist sebab tak masuk kelas.hahaha.kelakar betul.
teringin nak melawat cikgu sekolah dulu.apa khabar agaknya mereka ketika ini?rindu nak menatap wajah wajah mereka yang mengajar aku suatu ketika dahulu.rindu nak mengacau budak kelas dan junior semua.rindu nak masuk pelbagai pertandingan.rindu nak berkawad,rindu nak camp kat sekolah,,rindu nak bersukan,rindu nak pegang pingat kemenangan,rindu nak bernasyid,rindu nak buat kerja bank soalan kat pss dulu,rindu nak meeting pss,rindu nak balut buku,rindu segala-galanya.
haih...banyaknya kenangan aku disekolah.betul kata orang,kenangan itu tidak dapat dijual beli dengan nilai duit.semua pengalaman itu terlalu berharga.manisnya apa yang dikecapi suatu ketika dulu.heeeeee.rindu zaman sekolah dulu!!!
6 comments:
huhuhuuuu <3
kenangan manis itu perlu kita jaga, simpan, peluk erat-erat selalu supaya kita takkan lupa siapa diri kita ini :)
mas; :) <3
aiman ariffin;betul tu.indahnya kenangan lalau :)
waaa!! :'(
rindu jugakk... ~~
haaaaaaaaaaaaaaa.tau takpe.jom kawad sesame.hahaha :p
Post a Comment