Saturday, April 2, 2011

diam

assalamualaikum kepada semua pihak yang membaca secara tidak langsung.mestilah tak langsungkan?kalau secara langsung,da duduk kat tepi aku ni ha tengok  aku taip entry ni kan?ni korang tengok selepas aku publish,so secara tidak langsung la en?

ok sekarang ni aku malas nak fikir pasal perkara yang remeh temeh ni.kepala aku da cukup kusut lah dengan apa yang da berlaku disekeliling aku ke,kat tempat aku ke kat kolej ke kat mana-mana jela yang memang aku rasa ade masalah yang remeh temeh.

maksud aku,semua perkara yang kecik aku da malas nak fikir.cuma ambik tahu je apa yang berlaku dan mendiamkan diri.aku rasa mendiamkan diri itu lebih baik rasanya?entahlah.itu pendapat aku je untuk berdiam diri.takde la nak kata aku ni baik dan tak mengumpat orang lain.aku ni pon manusia biasa jugak tak terlepas dari mengumpat orang lain cuma aku sekarang ni kalau boleh nak kurangkan mengumpat orang lah.

sekarang ni aku tengok,ramai orang berlakon je depan orang.belakang orang,cakap macam macam.aku ambik situasi contoh lah.si A,B dan C adalah kawan yang baik.tapi A tak suka B,dan B tak suka A.jadi dia cerita kat si C ni bila mereka berdua je dengan C.maksudnya A citer kat C apa yang dia tak suka tentang B bila B takde.then si B pula cerita kat C tentang A apa yang dia tak suka tentang A bila A takde.

macam tu la lebih kurang.memang bagus la masing masing berlakon depan orang,belakang kutuk kutuk.bukan nak cakap sesiapa pon,aku pon kadang kadang macam tu gak.biasalah manusia biasa.tak sempurna pon.tapi tu la sekarang ni nak ambil tahu je,malas nak cakap banyak banyak.atleast kurang la skit dosa tu walaupun mendengar pon da dosa,tapi takde la tambah dosa dengan berkata pula kan?

takde la nak kata alim sangat.suruhan agama pon tak lengkap juga.so tak boleh nak cakap apa sangat lah kan sebab diri sendiri pon lebih kurang je.cuma nak kurangkan jela.nak berhenti serta merta tu.memang tak mungkinlah.takde orang boleh berhenti serta merta apabila da biasa.mesti ambil masa juga kan?


Allah berfirman yang bermaksud: Katakanlah: Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Zumar: 53)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika kalian melakukan kesalahan-kesalahan (dosa) hingga kesalahan kalian itu sampai ke langit, kemudian kalian bertaubat, nescaya Allah SWT akan memberikan taubat kepada kalian”. (riwayat Ibn Majah dari Abi Hurairah, dan ia menghukumkannya sebagai hadis hasan dalam kitab sahih Jami’ Shagir - 5235).

Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

No comments: