Wednesday, April 6, 2011

bercinta kerana apa dan siapa?



assalamualaikum kepada semua para pembaca dan followers terutama yang terbanyak banyaknya ialah dari golongan anonyms.kenapa ramai yang jadi dan follow sebagai anonyms?abaikan.

mari kita bincangkan topic pada kali ini,iaitu bercinta kerana apa dan siapa?haaa mesti korang pernah bercinta punya sebelum ini.jangan nak tipu laa kan tak pernah bercinta.saya pon tak terlepas juga daripada bercinta ketika saat muda mudi begini.

ok bukan nak kata perlu walaupun perlu la kan.cara bercinta ni banyak.cuma terpulang pada diri sendiri je nak bercinta macam mana.nak style bebas?nak style rempit?nak style terikat?haaa macam macam style boleh.tapi gunakan akal dan fikiran sebelum pilih style style untuk bercinta ni.salah langkah,buruk padahnya.

ramai remaja yang bercinta sesame mereka tapi mereka tidak tahu mereka bercinta kerana apa dan siapa.kebanyakkannya bercinta hanya kerana nafsu.tak perlu cakap la,ramai member saya cple pon sebab nafsu jerk.memang betul kita sebagai manusia tak terlepas daripada nafsu itu.saya pon ade nafsu juga sebagai seorang manusia kan?tapi takde laa sampai buat dosa dosa besar semua tu.minta simpang la ooii.hahaha.

bukan nak tuduh sesiapa yang couple itu,mesti melakukan dosa besar dan sebagainya.tidak.ini semua bergantung pada hati dan iman diri seseorang itu sama ada dia dapat mengawal atau tidak nafsu dirinya.kalau tak dapat kawal,itu yang terjadinya bercinta style bebas.tak perdulikkan dosa dosa yang dilakukan.

banyak la sekarang ni kalau nampak bercouple je mesti pegang tangan,berkepit sana sini kat shopping complex.merata tempat laa,terutama tempat lepak,comfirm akan ada.itu yang didepan orang ramai.yang belakang orang ramai pula,kita tak tahu kan?haaaa.yang itu,sendiri mahu ingatlah kan.

kalau kita bercinta hanya kerana rupa paras,lupakan saja.kalau kita bercinta hanya kerana perangai dan hatinya,lupakan juga.kita sepatutnya bercinta kerana Allah.semua yang kita lakukan hendaklah kerana Allah.ikhlas kerana Allah dan yang paling penting,cinta kita terhadap Allah itu lebih utama daripada cinta dengan manusia.

bila kita bercinta kerana Allah,secara automatik kita akan bercinta gaya terikat.jarang nampak orang couple mengikut garis panduan dalam Islam.*tiada istilah couple dalam Islam*Islam mengajar kita untuk berkahwin sekiranya cukup syarat dan takut diri terjebak dalam maksiat yang nyata dan besar dosanya.

kita sebagai orang Islam patutnya dah tahu dah perkara ini,cuma kita tidak praktikkan dalam rutin harian kita.itu je.kadang kala kita lupa apa yang dilarang dan apa yang dibenarkan.biasalah,manusia,kadang kala alpa dengan apa yang ada didepan kerana bisikkan syaitan di hati.

saya pon macam tu gak.cuma saya nak mengubah diri saya kalau bercinta tu,biarlah menepati apa yang Islam ajarkan seperti tidak boleh berdua di tempat yang suunyi,tidak berpegang tangan dan sebagainya melalui adab pergaulan.dalam Islam pon banyak menceritakan tentang dosa dosa ini.balasannya tersangat lah dahsyat sekali.tak sanggup nak mengalaminya.minta dijauhkan azab itu daripada kita semua.amin.

memang nak mengikut 100% itu tak mungkin bagi manusia yang lemah imannya.tapi kalau tak dapat 100% pon,50% pon boleh la daripada 0% kan??atleast kurang lah dosa yang dilakukan ketika bercinta.kalau boleh praktikkan cara Islam itu dalam bercinta kerana cara Islam itu menyelamatkan diri kita daripada melakukan dosa.

cuba untuk berubah kerana Allah dan Islamku.Islam itu indah jika difahami.





yang penting,cinta terhadap Allah itu yang utama,kemudian RasulNya,KitabNya,keluarga kita dan barulah si dia yang bernama kekasih hati.mari kita dengar lagu insan bernama kekasih oleh U.N.I.C

 :)


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

No comments: