sorang demi sorang mengambil langkah untuk ke haluan masing masing.tidak terkecuali diri aku juga untuk mencari matlamat hidup aku sendiri.makna erti kehidupan dalam diri ini.ye aku bukan ramai sangat kawan kat sini.mungkin dua,mungkin sorang,mungkin tiada.
aku tahu siapa diri aku sendiri.tak semua boleh terima apa yang dilakukan.jarang sekali nak buat perangai menjengkelkan pelbagai pihak.tapi pelbagai pihak memaksa aku untuk jadi begitu.aku hanya tahu yang aku perlukan masa.
biarpun aku perlu bergerak berseorangan disini.aku tak salahkan sesiapa atas perkara ini.malah mungkin diri aku sendiri yang mahukan keadaan jadi begini.hidup seorang untuk sementara waktu untuk mencari makna kehidupan selepas sekolah menengah.
aku akui,aku selalu bersikap sendirian.walau ke mana jua aku pergi.mungkin aku rasa,aku tidak layak untuk berada disamping pelbagai pihak disini.ye.aku pernah terfikir untuk pergi dari sini.tapi kewarasan akal menghentak otakku untuk berfikir secara rasional.
perlarian dari pelbagai masalah tidak akan menyelesaikan segala permasalahan yang melanda.itu tersangat benar.mungkin kalau aku pergi dari sini,di sana pula akan timbul perkara yang sama.mungkin ada baiknya aku teruskan perjalan ini.
aku perlu buktikan,aku mampu untuk meneruskan perjuangan ini.perjuangan yang hampir membuat aku berputus asa tentang erti hidup.saban hari aku memikirkan perkara yang sama.harapan.ye itu perkataan pertama setiap kali sebelum mata aku dilelapkan dan terbuka pada keesokkan harinya.
mungkin tak ramai orang yang tahu apa yang aku fikirkan.harapan untuk setiap hari.harapan untuk tidak berputus asa dengan apa yang berlaku.pernah aku merasakan hidup aku sendiri tidak bermakna lagi.sudah tiada erti hidup ketika itu.
harapan memberikan aku semangat untuk meneruskan.kalau tiada harapan,mungkin aku tidak akan berdiri di hadapan pelbagai pihak yang melihat aku pada hari ini.mungkin aku sudah tiada lagi didunia yang nyata ini.melangkah dengan penuh sesalan setiap hari di birai tilam.
memikirkan apa yang akan berlaku dan apa yang telah berlaku membuatkan aku untuk tidak melawan arus kenyataan.tiada guna dihanyut oleh arus kalau aku sendiri mengetahui itu akan terjadi bila terdapat sebatang ranting yang rapuh jatuh ke dalam sungai.
berdirinya aku disini dengan sebuah harapan dimana ia akan berakhir suatu hari nanti.menganggap ini sebagai satu mainan mimpi yang mengajar aku erti harapan yang dilemparkan itu adalah pegangan hidup yang perlu aku lakukan demi berdiri diatas realiti yang indah khabar dari rupanya.
aku harap,ini bukanlah harapan aku yang terakhir buat alam maya ini.
2 comments:
dik ni nape? (:
entah la kak.problem banyak sangat.
Post a Comment