Saturday, April 9, 2011

ketenangan

assalamulaikum

kenapa aku sekarang ini lebih mementingkan apa yang dikatakan oleh orang lain?mengapa aku seorang yang tersangat menjaga hati orang lain?kenapa aku perlu untuk memuaskan hati semua orang?mengapa ini yang berlaku terhadap aku?kenapa?

akutidak tahu mengapa diri aku sendiri berubah dengan mengambil berat tentang apa yang dikatakan oleh orang diluar sana.harus ke aku ambil kesemua kata-kata itu walapun negative?tidak bukan?tapi aku tidak boleh.negative positive semuanya diambil kira.

aku rindu nak jadi diri aku yang dulu yang tidak menghiraukan apa yang dikatakan oleh orang lain.pertahankan segala perinsip yang aku pegang selama ini.melawan demi apa yang aku percayakan.berfikiran positive setiap masa agar aku boleh melangkah lagi setapak ke hadapan.

tapi sekarang ini,aku tak rasa macam itu.aku merasakan emosi aku terganggu dan tidak stabil sejak kebelakangan ini.sentiasa merasakan kemurungan dalam diri dan tiada kudrat untuk memberikan yang terbaik untuk semuanya.

adakah aku sedang menghadapi masalah personaliti diri sendiri yang terbahagi kepada dua?aku tidak mahu personaliti seperti ini yang tidak stabil dari s egi emosi dan jiwanya.aku mahukan ketenangan diri seperti dulu.tenang dan bebas untuk melakukan apa sahaja sehingga tidak sabar menanti keesokkan harinya tiba.

dimana ketenangan itu ada?aku memerlukan ketenangan diri selama mana yang mungkin dengan harapan aku boleh bertenang dan tidak memikirkan apa yang berlaku untuk seketika.harapan lagi.yea.harapan.setiap hari dengan harapan.

adakah aku seorang yang menaruh harapan setiap masa?yea.setiap masa ketika ini ketika emosi tidak stabil yang menjerat aku ke arah negative.berjuang separuh mati untuk ketibaan hari seterusnya.malangkah aku?rasanya iya.memang malang untuk diri aku.

Ya Allah,aku memerlukan ketenangan yang amat sekarang ini.izinkanlah ketenangan itu hadir dalam diriku supaya aku boleh meneruskan perjuangan ini.mampukah aku untuk teruskan perjuangan ini keesokkan harinya tanpa ketenangan diri itu?

Ya Allah,sekiranya hidupku ini masih empunya makna dan hikmah yang tersirat,maka Kau panjangkan,lindungilah dan bimbingliah daku yang penuh dengan kedaifan dan kekhilafan diri.sekiranya mati itu adalah lebih baik daripada erti kehidupan ini,maka,cabutlah nyawaku ini.


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

4 comments:

BungaMaiza said...

u can do it encik indera.. u advice me tok penting kn dri sndri n jgn jaga gati owg sgt..so u must do it same thing..kte sme2 lwan n usaha ya??^_^

Ai-Sis said...

yeap.mungkin kerana emosi yang tidak stabil itu penyebab rasanya.

BungaMaiza said...

huhu try lwan ya..u can do it..chaiyok2.. ^_^

Ai-Sis said...

hehehe.thanks :D