disini terpanggil untuk mencoretkan duka duka yang selalu terjadi dalam hidup seorang penulis blogger yang orang kata,benda ini selalu terjadi kat penulis blog ini.bukan terjadi kat penulis blog yang lain.tapi hanya yang ini sahaja.
selalu sahaja jadi perkara seperti ini apabila penulis blog ini mengambil berat tentang apa yang terjadi terhadap kawan-kawan yang melibatkan kaum hawa.entah apa yang menjadi masalah pon tidak tahu.entah apa salahnya menjadi seorang pendengar masalah seseorang itu.
selalu hubungan yang dibina iaitu hubungan couple itu akan retak sekiranya penulis blog ini menjadi pendengar masalah yang ingin dikongsi bersama.salah penulis blog inikah kerana menjadi seorang pendengar masalah?salah penulis blog inikah kerana rapat atas sebab perkongsian masalah?
penulis blog ini kebingungan memikirkan apa yang terjadi setiap kali keadaan begini berlaku dalam hidup penulis blog ini.kehadiran penulis blog ini bukan untuk meretakkan mana-mana hubungan yang dibina.jauh sekali terlintas difikiran.tapi itu yang terjadi selalunya.
adakah perkara yang berlaku ini adalah dugaan untuk penulis blog ini agar tidak menjadi pendengar masalah lagi?kadang-kadang terasa menyesal,kerana menjadi pendengar masalah,masalah yang lebih besar melanda.kerana itu,maka secara tidak langsung telah menyusahkan orang lain juga.
bila tak ditegur,dikatakan sombong.bila mesra,hubungan yang lain pula retak.entah apa yang dunia ini mahukan sebenarnya.buntu memikirkan perkara seperti ini.maafkan penulis blog ini atas semuanya.
No comments:
Post a Comment