korang korang semua pernah tak?mesti pernah punya kan?haaaaa.mesti korang pernah beranggapan dan mahu jikalau boleh,nak undurkan semua masa yang dah berlalu pergi itu untuk menguubah apa yang ada pada hari ini,tika saat ini berlalu.tipu la kalau tak pernah kan?nampak benor menipunyaa.
haaaa kat sini secara jujur secara terang terangan*menyuluh lampu dimuka* nak cakap,kalau betul lah boleh diputarkan masa itu kembali,memang banyak yang aku cuba untuk mengubah.terlalu banyak penyesalan yang ada didalam hati ini.
memang betul,terlalu banyak yang aku nak ubah.nak ubah jadi seorang yang rajin belajar dapatkan keputusan yang baik,memberi yang terbaik dalam setiap tugasan yang diberikan.mengambil peluang untuk bersuara didepan orang ramai dan sebagainya.
terasa diri ini terlalu banyak kekurangan dan masih perlu untuk belajar.mungkin budak sekolah menengah itu lebih hebat dari aku yang berpendidikkan kolej tika ini.mungkin mereka lebih advance dari aku kerana mereka mengambil setiap peluang yang ada untuk menikmati kehidupan disekolah.bukan macam aku,buta dengan peluang yang ada didepan mata.menyesal tak sudah.
bukan nak cakap pasal zaman sekolah je,dari tadika sampai sekarang kalau boleh,nak ubah satu persatu supaya menjadi orang yang berguna dan matang dari semua segi yang boleh dilihat dan dinilai.terutama dari segi pergaulan dan menjaga hati orang lain.
kalau boleh,tak nak buat kesilapan yang telah dilakukan dulu.seandainya aku tahu,pasti aku takkan lakukan kesilapan kesilapan masa lampau.terasa penyesalan yang paling menyengat dihati ketika saat ini.benar kata orang,dah menyesal nanti,baru nak insaf bagai semua.
tapi itulah nikmatnya sebagai seorang manusia yang perlu dipandang sebagai positive.bukan nak kata apa yang negative tu kita ambil,bukan.tapi sebagai peringatan untuk diri kita dalam membaiki apa yang boleh untuk dihari yang akan datang.
pelbagai kesilapan itu sebenarnya mengajar diri untuk jadi lebih kuat dan matang dalam membuat sesuatu perkara.kesilapan itu mengajar kita erti nikmat hidup.kita sebagai manusia memang benar banyak buat kesilapan dalam diari kehidupan kita kerana itu adalah fitrah manusia itu sendiri.
walaupun kita boleh menambah baikkan keadaan sekarang berbanding dengan yang dulu sebelum kita buat kesilapan,rasa sesal itu tetap ada juga walaupun kita memperbaiki kembali dari kesilapan itu.haih.walau apa yang kita lakukan sama ada kesilapan atau bukan,itu telah pon ditulis sejak dari azali lagi.
setiap apa yang berlaku,ada hikmahnnya.tapi itulah,kan bagus kalau boleh putarkan masa.
4 comments:
kalau boleh nak ambik spm lagi sekali
kalaulaaa boleh....
tapi tak jadi kalau punya....huhu
adik husna;kalau boleh memang nak pon.hehehe
anis dyla;heee tula.harapan tinggal lah kenangan sahaja :D
Post a Comment