Tuesday, April 5, 2011

Islam itu indah

assalamualaikum kepada semua pembaca sekalian.

heeeee alhamdulillah bersyukur terhadap kudrat Illahi yang mempertemukan kita sekali lagi dalam blog yang tidak seberapa orang kata,menarik dipandangan mata.kalau kita sebagai orang yang bijak,semua itu tidak penting,yang penting adalah isi dalamannya.kan?

hehehe.bukan nak kata gembira bukan nak kata apa.tapi hanya rasa kesyukuran terhadap Illahi kerana memberikan musibah dan menguji saya dalam saya hampir hendak berputus asa.banyak hikmah yang saya dapat dalam pelbagai musibah yang melanda diri.

contohnya,setelah berlaku musibah itu terhadap diri sendiri,saya sendiri pergi mencari dan membaca artikel tentang hukum hukum tentang apa yang terjadi dan tidak boleh dilakukan.dengan ini secara tidak langsung,saya telah menambahkan fahaman saya terhadap hukum dalam Islam.

bukan kah itu satu perkara yang baik dimana hikmahnya boleh dilihat?tak sangka ini hikmah yang diperolehi dalam diam.alhamdulillah.selain itu,saya juga merasakan tenang apabila membaca artikel mengenai Islam itu sendiri.saya sendiri tidak faham mengapa itu boleh terjadi sedangkan sebelum ini,tak terlintas pon nak baca artikel mengenai Islam.

ini adalah satu keajaiban dari Allah.alhamdulillah sekali lagi,hati telah menjadi tenang dengan membaca segala artikel tentang Islam ini.mungkin hari ini,hikmahnya begini.esok lusa,mungkin akan bertambah baik lagi fahaman dan harap dapat mengubah diri untuk mengikuti suruhanNya.

banyak benda yang dapat dipraktikkan dalam Islam untuk mencari ketenangan diri dan jiwa.syukur dilahirkan sebagai seorang islam.walaupun dari keluarga yang bercampuran,kurang pendidikkan agama,tapi Allah mendidik dalam cara yang tidak diketahui.Alhamdulillah Allah masih menyayangi diri ini dengan memberi senyuman terhadap musibah yang melanda diri.

indahnya Islam itu jika difahami.

jadi ingin mengambil kesempatan disini sementara jasad masih boleh bergerak,sementara masih bernafas,ingin memohon kemaafan dari seorang yang pernah buat salah walaupun sedikit ataupun sekecil zarah.diharapankan dimaafkan dan diampunkan.semoga Allah membalas seribu satu kebaikkan buat dirimu.

semoga ketenangan ini berkekalan.


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

4 comments:

kindergartenlibrary said...

untungnya beragama Islam
=)

husna mukhtar said...

islam indah T.T

Ai-Sis said...

nelly:hehehe.yeap.untung tau :D

Ai-Sis said...

husna;memang indah :D