Thursday, March 26, 2015

Hati



assalamualaikum

dah lama rasanya tak coretkan cerita cerita yang dah lama aku pendam sehingga aku sendiri tidak tahu yang mana satu harus aku coretkan didalam blog ini. namun aku tak boleh ceritakan segalanya dalam satu masa.

aku harus pilih satu sehingga aku tak mampu nak pilih. mungkin aku banyak bercerita tentang hati,rasa dan perasaan sehingga membosankan orang lain. tapi itu lah aku. banyak menyimpan tentang rasa hati.

jika nak berbicara tentang hati, aku rasa banyak je benda yang boleh berkaitan dengan hati. sebab apa-apa pon akan berbalik kepada hati. kerana dari hati kita mula merasa segala rasa yang hadir kerana rembesan hormon dan perasaan yang ada.

hati tempat untuk merasa. bukan untuk dilukakan. benda ini da banyak kali aku ungkapkan terutama bila bercinta. aku tahu manusia tak sempurna. namun bertolak ansur itu perlu. kau ingin dibelai, aku ingin dibelai, dia juga ingin dibelai. tak kisah siapa, asalkan nama manusia, dia masih ingin rasa dibelai.

maafkan jika perlu untuk kekalkan hubungan. untuk kekalkan rasa dihati ketika mula bercinta adalah membaja dan menyemai selalu benih benih kasih sayang yang akan mengeratkan antara kau dan dia. jangan kau abaikan dia bila berlaku pertelingkahan.

cari jalan penyelesaian untuk segala punca permasalahan yang menyebabkan pergaduhan. bukan diam dan menyendiri.

kau mahu bercakap tapi tak mampu? kau inginkan orang untuk mendengar dan menasihati kau tentang cara dan keputusan yang kau mahu lakukan? jangan kau takut. apa guna ada kawan/sahabat/aku disisi? carilah orang yang kau percaya untuk meminta pandangan.

itu juga salah satu untuk kau kekalkan rasa dihati. berkorban. turunkan ego bukan tinggikan ego semata-mata kerana kau masih dalam percintaan. percintaan kalau ada ego yang tinggi tak jalan. maka pasangan kau akan selalu memakan hati. saban hari makan hati sehingga hati pon dah tak ada, maka akan tiba masanya untuk dia meluka kan fizikal dia pula.

kerana apa? dia sudah tak sanggup nak pendam segala rasa. nak cari manusia yang boleh berbicara, takut. takut ditertawakan. kau sebagai partner dia, ini adalah tugas kau untuk mengusir segala rasa yang menyebabkan dia terluka. jangan abaikan pasangan.

pasangan kau juga ada hati. seperti kau yang mahu merasa, dicintai dan disayangi. maka jagalah dengan seloknya tentang hati. hati itu tiada tukar ganti. kalau ada, dunia ini takkan penuh dengan manusia yang berduka.

hmmm...

terlebih bicara pula. maklumlah lama tak berblogging. so bila berblogging balik rasa cam... emm... lepas gian sedikit. hehe. okaylah aku undur diri dulu.

jaga diri jaga hati.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.