assalamualaikum
kali ini nak update sesuatu yang aku rasa common je kot?entah.aku pon tak tau nak kata ape sebab dah agak lama jugak aku tak berblogging.so aku ambik kesempatan untuk mengupdate blog ini dengan entry ini setelah sekian lama tidak berupdate.jadi tolong baca.kalau tak nak baca pon baca jugak sebab da tekan link blog ini kan? :P maaflah aku sedang mood orang kahwin ni gara-gara membaca blog kawan aku tentang abgnya yang baroo berkahwin.tahniah.hehehe
untuk pengetahuan para wanita,jejaka sering kali menjadi gila keranamu wanita.tapi ketahuilah bukan semua wanita itu bisa membuat para jejaka itu tergila gilakan dirimu wahai wanita kerana ada ciri-ciri yang boleh buatkan jejaka tergilakan akan dirimu.ok cukuplah mukadimah dia.takperlu pepanjang.kang korang bosan pulak.haha.aku cuma nak berkongsi beberapa ciri-ciri wanita yang membuatkan jejaka diluar sana menjadi gila kerana ciri-ciri ini.tak salahkan?hehe.maaf jejaka kerana bocor rahsia ye.hohoho~
antara ciri-ciri yang menjadi penarik perhatian para jejaka adalah cara bagaimana para wanita ini berpakaian.cara berpakaian itu jelas menunjukkan perwatakkan seseorang wanita itu macam mana.kalau seorang wanita itu berpakaian seperti raget-raget,sudah tentu perwatakkannya yang brutal dan selamba kan?jadi cara berpakaian juga boleh membuatkan seseorang jejaka itu tergila gilakan seorang wanita jika gayanya itu kena dengan cara dan dirinya sebab tak semua orang boleh bergaya seperti cara kita kan?oh lupa ini tips untuk orang yang nak cari calon isteri je.bukan cari untuk awek.kalau untuk awek,mungkin entry lain??
melalui pemakaian,sekarang ni macam-macam fashion ada.dan terpulang pada individu itu sendiri untuk memilih fashion yang macam mana kan?bagi seorang jejaka,bertudung menutup aurat itu salah satu daya penarik kerana bagi seorang jejaka,bertudung itu sangat manis untuk dilihat.dan kalau silap hari bulan,ada jejaka yang sanggup duduk berjam-jam duduk melihat muka wanita itu je jika kena dengan cara gayanya.bukanlah nak kata tak bertudung itu tidak cantik dan sebagainya kerana kita sebagai orang Islam perlulah mengikut cara berpakaian melalui Islam kan?lagipon ini hanya pandangan aku je.pandangan orang lain,mungkin lain kan?
seterusnya kelakuan dan adab.ramai jejaka yang inginkan wanita yang menjadi peneman seumur hidup mereka lemah lembut,pandai mengambil hati,memahami dan bertolak ansur dalam pelbagai perkara yang penting.bukan bermaksud aku tekankan pada perempuan,lelaki pon perlu macam tu jugak.susahlah kalau sorang je yang bertolak ansur,ye tak?kadang kala jejaka tidak memandang rupa paras.jejaka memandang pada sifat dan kelakuan seseorang wanita itu kerana bagi seorang jejaka,tidak guna jika hanya pandai berhias dan cantik rupa paras tapi yang lain,semua kosong.aku bagitahu ini bukan suruh bertungkus lumus buat semuanya kalau tidak tahu.perlahan lahan belajar itu lebih baik daripada gelojoh nanti apa pon tak dapat kan?
selain itu,menghormati kedua ibubapa juga merupakan salah satu aspek yang perlu ada pada seorang wanita itu untuk menjadi wanita idaman seorang jejaka.yelah mana ade orang sanggup kahwin dengan orang yang tak tahu menghormati ibubapa kita kan?sanggup ke kita nak kahwin dengan orang yang biadap dan kurang ajar dengan ibubapa kita yang membesarkan kita dengan penuh kasih sayang?setiap hari hati ibubapa kita terluka dan menitiskan air mata kerana orang yang kita kahwin?nak?mesti tak nak kan?mesti kita nak kahwin dengan orang yang menghormati ibubapa kita kerana kita tahu kita dan pasangan kita mampu untuk menjaga mereka di hari tua mereka nanti kan?
Agama.itu sudah tentu.keagamaan itu sangat penting.dengan agama baroo kita boleh menilai sesuatu itu dengan baik,buruk,halal,haram dan sebagainya.tanpa agama,maka kosonglah hidup kita sebagai seorang hamba Allah itu.terdapat 3 ciri yang digariskan dalam Islam ketika memilih calon wanita untuk dijadikan sebagai isteri iaitu yang pertama sekali dah dinyatakan,Agamanya.keduanya keturunannya dan yang ketiganya ialah hartanya.jadi amat jelas bahawa Agama juga penting dalam menjadi seorang wanita idaman seorang jejaka.
Jejaka juga boleh jadi gila dengan sifat pemalu seorang wanita.sifat pemalu seorang wanita itu adalah lambang harga diri yang tertinggi.umpama sebuah epal yang terletak ditempat yang tertinggi disebatang pokok.kenapa?kerana dengan adanya sifat pemalu ini,seorang jejaka percaya,wanita itu pandai menjaga dirinya dengan tidak memberikan orang yang bukan bergelar suami dan orang bukan muhrimnya untuk menyentuh dirinya.seorang jejaka sangat suka pada wanita yang pandai menjaga dirinya kerana itu adalah salah satu daya penarik.korang mesti pernah dengar kan? seorang lelaki lebih suka perempuan yang menjual mahal?lagi mahal,lagilah lelaki itu suka kerana ape?kerana lelaki itu tahu nilai seorang wanita itu terlalu tinggi nilainya dan sanggup buat apa sahaja kerana itu.
P/S:gambar semua adalah gambar dari pakcik google~
alamak..da terlalu panjang la pulak.hee maaf.nanti update entry lain yee.harap harap korang enjoy entry ni.dan harap harap jugalah ilmu yang aku kongsikan ini sangat memanfaatkan diri korang.insya~Allah
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.