memandangkan kali ini nak membicarakan tentang topik "zalim" maka saya tetiba nak bagi tazkirah sedikitlah tentang zalim ini biarpun saya ini bukanlah orang yang alim dan warak serta berilmu pendidikkan tentang agama yang tinggi,saya cuma berkongsi apa yang saya tahu sahaja.saya tidak kata saya hebat dalam ilmu keagamaan ini.banyak yang perlu saya belajar lagi.
firman Allah: (maksudnya) Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; Sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan Yang berlaku). (dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas) (Surah Ibrahim 42-43).
apa bila Allah berfirman begitu,ternyatalah apa yang dilakukan terhadap orang dalam perbuatan zalim ini,akan dibalas cuma lambat atau cepat sahaja.zalim ini terlalu banyak sangat pecahannya.antara perbuatan zalim yang selalunya dilakukan oleh orang ialah menjatuhkan maruah maruahnya, ditipu atau diceroboh hartanya, disiksa jasad, bahkan dibunuh tubuhnya secara zalim,menganaiya dirinya dan sebagainya.
Nabi s.a.w bersabda: “Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tidak ada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam riwayat Ahmad “Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani/ al-Sahihah: 767) dalam riwayat Ahmad yang lain: “Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ianya tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya) . (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani/ al-Sahihah: 767).
Nabi kita,Nabi Muhammad S.A.W pun telah bersabda begitu.jadi kita sebagai orang islam,semua perbuatan zalim yang terkena pada kita adalah sesuatu yang telah Allah berikan untuk menguji kesabaran dan keimanan dalam diri kita.
setiap kali orang melakukan perbuatan zalim,kita tidak perlu membalas,malah kita hanya mendoakan kesejahteraan orang yang berlaku zalim dengan kita.doakan keselamatan dirinya didunia dan akhirat kerana itu adalah yang terbaik diantara semua perbuatan iaitu mendoakan kebaikkan kepada orang lain meskipun orang itu berlaku zalim dengan kita.
perbuatan memaafkan orang lain tanpa dipinta adalah satu perkara yang sangat mulia.dengan memaafkan orang itu,hati kita akan menjadi damai dan mendapat ketenangan yang tidak dapat dirasakan oleh orang lain.
Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"Barangsiapa memberi maaf ketika dia mampu membalas, maka Allah akan mengampuninya saat ia kesukaran".
Dan
"Orang yang memaafkan terhadap kezaliman, kerana mengharapkan keredaan Allah, maka Allah akan menambah kemuliaan kepadanya di hari kiamat"
jadi disini telah menunjukkan bahawa tiada ruginya kita memaafkan orang yang berlaku zalim terhadap diri kita walaupun kita mampu membalas apa yang dilakukan kepada kita kerana memaafkan itu adalah perkara yang mulia.jadi jika ada orang yang berlaku zalim dengan kita,kita maafkan sahaja.moga-moga Allah melindungi diri kita daripada perbuatan orang yang zalim kerana Allah itu maha ADIL dan sangat menepati janjiNYA.
KEMAAFAN mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita, Tetapi hanya dengan memberi kemaafan, kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas, umpama pisau bedah yang boleh menbuang segala parut luka emosi.
No comments:
Post a Comment