Wednesday, March 16, 2011

nyamok terbesar dalam abad ini

assalamualaikum dan selamat sejahtera salam 1 malaysia kepada readers and followers.

hari ini dengan bangganya nak bagitahu yang budak comot ini telah selamat berperang dengan nyamok paling besar pada abad ini.nyamok ini dah lama da wujud.haaaaa.korang semua mesti tahu nyamok terbesar dalam abad ini.kalau cakap,mesti korang cam, "ek ele".hahahahaha


ini laa nyamok terbesar pada abad ini.hanya boleh didapati di hospital sahaja.amat special dan nyamok ini juga membantu menyelamatkan nyawa orang lain.haaaaa.nyamok ini dikenali sebagai Beg Darah secara umum.secara saintifiknya,tak taw nama.hahahahahaha.yelaa tak ambik pon bidang ni. so kena tanya anis la iaitu kakak budak comot ini yang mengambil nursing.hehehe.

banyak fadhilatnya bagi orang yang menderma darah ini.antara kebaikkan yang akan diperolehi apabila menderma darah ini ialah seperti berikot:


i. Menawarkan pemeriksaan kesihatan secara tetap dan teratur.

ii. Memberikan maklumat mengenai pendidikan kesihatan dan menggalakkan seseorang untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat.

iii. Hasil daripada proses menderma darah dapat membantu merangsang penghasilan sel darah merah yang baru dan seterusnya menyegarkan kembali  sistem tubuh. Ini kerana selepas menderma darah, kiraan sel darah dalam badan akan berkurangan, yang mana akan  merangsang sistem tubuh untuk menghasilkan darah merah yang baru bagi menggantikan darah yang telah hilang.

iv. Menderma darah dapat mencegah dan mengurangkan pengumpulan zat besi yang berlebihan dalam tubuh, terutama di kalangan mereka yang mudah mengalami keadaan ini.

v. Kajian mendapati menderma darah dapat mengurangkan zat besi yang berlebihan dalam tubuh, seterusnya mengurangkan risiko menghadapi serangan jantung sebanyak satu pertiga. Ini adalah benar pada golongan  lelaki yang tidak merokok yang kerap atau berulang-kali menderma darah.

kan banyak kebaikkan bila menderma darah ini kan??


sabda Rasulullah  Shallallahu ‘alaihi wasallam yang dikhabarkan daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma:



“Seorang muslim itu adalah saudara seorang muslim yang lain. Dia tidak boleh berbuat aniaya dan menyakiti 
saudaranya tersebut. Barangsiapa yang menanggung (menolong) hajat saudaranya, maka Allah pun akan menanggung (menolong) hajatnya. Barangsiapa yang melepaskan salah satu kesusahan 
seorang muslim, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahannya di antara kesusahan-kesusahan hari Kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi (aib) seorang muslim, maka pada hari Kiamat kelak Allah akan menutupi (aib) nya.”


Hadits riwayat al-Bukhari

haaa.hukumnya menderma darah ini adalah harus.kerana menderma darah ini bererti melepaskan kesusahan saudara seislamnya yang memerlukan darah tambahan.haaa ape lagi?mari laa derma darah :D
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

2 comments:

Alia Azmi ◕‿◕ said...
This comment has been removed by the author.
Alia Azmi ◕‿◕ said...

beg darah rupenye . ingatkn nyamuk ape tadi =,= .

alia tabole nk derma darah sbb alia sendiri tk cukup darah T___T