hari ini saya nak mengambil kesempatan untuk memberitahu saya sudah berada di ipoh perak dan selamat sampai dah.maaf lambat bagitahu.bukan tak nak bagitahu tapi terdapat beberapa perkara yang penting menghalang untuk mengupdate blog ini.
ok nak bercerita sedikit apa yang merunsingkan kepala otak penulis comot ni.
kerja yang dibincangkan seminggu lepas,tidak boleh dijalankan dan disiapkan.iaitu mengenai scout location.memang agak terkilan dengan kata-kata janji manis crew sendiri.memang agak terasa stress dengan keadaan yang berlaku.
bila diberikan tugasan,tak dapat nak disiapkan.yang bertanggungjawab untuk pergi buat scout location pula tidak msg penulis blog ini.jadi agak terkilan juga dengan apa yang terjadi.terkilan kerana tidak diberitahu yang dia demam dan tidak boleh menjalankan tugasnya.ok la.itu tak mengapa lah.dah dia sakit kan?
lagi 3 orang tu pula?bagaimana?
si perempuan sorang tu,da balik sama waktu dengan yang demam ni.tapi tu lah,camera dia takde.dan dia tak tahu lokasi kat mana yang ditetapkan.tapi entahlah.mereka semua macam tak tahu ape-ape yang berlaku kat dalam production sendiri.budak comot ni pon sangat pelik.kenapa mereka tak up to date langsung.
yang paling dikesalkan sekali,semua kerja nak lepas tangan.semua nak kerja senang je.terasa terkilan sangat lah ahli production tak memberikan kerja sama yang sangat padu.semua nak lepas tangan.kalau budak comot ni tak masuk campur,memang kerja tak bergerak.alamatnya,semua budak comot ni jela yang buat.
memang terasa hati sangat lah.sangat makan hati dengan apa yang dah berlaku.saya dah penat buat semuanya seorang walaupun ade group dengan ahli yang agak mencukupi.cuma kali ini 2 orang jelah yang buat kerja.kiranya macam sorang je yang buat kerja.penulis blog ini sudah penat.terlalu penat nak buat kerja group seorang diri dari mula masuk college ini...penat sangat dengan keadaan macam ni...
rasa cam...haih...tah lah...down betul rasanya...esok dh nak kena present scout location.memang agak bengang dan tak tahu nak cakap ape kat lecturer.nak marah crew,tak boleh dah.memang dah terlalu lambat.dan memang tak boleh buat ape dah.
tapi tadi alhamdulillah,tadi pergi buat scout location walaupun tak semua lokasi dapat scout,tapi kira dalam 90% siap lah.cuma satu lokasi sahaja lagi yang tak dapat sebab jauh skit dari lokasi yang lain.tapi nak buat macam mana,terpaksa lah present apa yang ada.
terpaksa meredah hujan yang memang sekarang orang kata hujan asid tempias dari nuclear yang ada kat jepun tu.walaupun pakai helmet dan sweater untuk protection imune system,tapi still terkena tempias juga.balik je memang dah tak larat sebab penat sangat.
masa nak balik tu pon da rasa dah pening kepala yang amat,tapi bertahan semata-mata untuk scout location.memandangkan merasakan tanggungjawab yang dipikul,budak comot ni pon gagahkan diri juga untuk buat apa yang boleh dibuat sementara masa masih ada.sanggup curi waktu tidur untuk siapkan.rasa bersalah dengan pensyarah kerana gagal melaksanakan tugasan yang diberikan.haih.memang down.balik je,budak comot ni pon rebahlah kat katil dia untuk restkan dirinya tapi diganggu dengan bunyi call dan msg sehingga dia tak boleh nak tidur dengan tenang dan membangunkan diri dengan kepala yang sakitnya duduk kat depan laptop untuk mencari ketenangan diri.
berharap untuk mencari ketenangan dari semua permasalahan yang melanda.
BUDAK COMOT INI SEDANG DOWN.
1 comment:
cian adk akk =.='
Post a Comment