Wednesday, March 23, 2011

sedikit pesanan

assalamualaikum kepada para pembaca dan followers yang teramat saya hormati tidak lupa juga kepada anonyms sendiri.terima kasih kerana membaca senyap senyap.

ok kat sini nak buat sedikit pesanan buat mereka-mereka yang mengenali budak comot ini diluar ataupun didalam blog ini secara tidak langsung terutama dan sememangnya khas yang memang ade berjumpa dengan budak comot ini secara live,budak comot ini nak pesan sedikitlah.

first of all,sila jangan sibuk jaga tepi kain budak comot ini.tak perlu nak bagitahu kat orang lain apa yang telah budak comot ini taipkan.mind your own business please.selagi budak comot ini tidak kacau hidup kalian,maksudnya senyap jela tak ade nak cakap pape takde nak ngumpat takde nak mengutuk takde nak sibuk hal tepi kain orang,tolong jangan sibuk tepi kain budak comot ini ye.setakat nak buat info tak ada hal punya.tapi kalau dah sampai nak cakap kat orang lain tu,fikir lah 100,500 kali sebelum berbuat demikian kerana tindakkan budak comot ini sangat tidak terjangka dan bila bila masa sahaja boleh berlaku.

secondly,apa yang ada kat dalam ini,biar habis disini.kerana disini tiada paksaan untuk pembaca membaca apa yang budak comot ini coretkan.budak comot ini telah berkata sejak dari awal lagi,tolong ambil nota ini bahawasanya,blog ini adalah blog persendirian bukan untuk anda semua menjual segala isi kandungan dalam blog ini.harap maklum.

thirdly,saya minta perhatian kepada orang yang suka sangat nak hebohkan apa yang ada dalam blog saya ini,sedarlah diri.jagalah keaiban orang lain sepertimana saya sendiri menjaga keaiban orang lain.jangan ingat apa yang berlaku saya tidak tahu dari awal sampai akhir.jangan sampai saya sendiri mengambil tindakkan lanjut.saya minta tolong ye.secara baik dan secara aman.sila dengar cakap saya sebelum keadaan menjadi lebih buruk dan kritikal se-kritikalnya.

jangan nasi dah jadi bubur baru nak sedar,baru nak menyesal sambil menyanyi lagu AXL-andai dapat undur masa.kalau dah keadaan menjadi kritikal,jangan cakap blog ini tidak memberi notis amaran ye.saya selagi boleh dijaga perhubungan,saya akan jaga walau macam mana pon,tapi sekiranya dah melampau batas jangan salahkan saya dengan tindakkan saya nanti.

NOTAKECIL;apa yang ditulis didalam blog ini telah pon saya katakan secara terus terang dengan yang terlibat.jadi jangan nak bawak mulut dan buat cerita onar,serta khabar angin.benda dah settle.dan saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada crew production saya sendiri kerana telah ade kemajuan.Alhamdulillah.tak sia sia saya marah macam itu akhirnya ada madunya untuk dinikmati bersama.semoga pencapaian ini dapat dikekalkan amin.maaflah berkasar pada awalnya kerana saya hanya ingin melatih crew saya untuk berdikari dan nanti bila ade ape-ape saya tak dapat nak hadirkan diri atleast dah boleh cover apa yang tak betul.niat yang baik,jangan disalah faham.

betul kata orang,niat yang baik selalunya disalah ertikan pada awal-awal.bila dah nampak apa yang dilakukan barulah semua nak "OOOOHHHHHHH BEGITU" jangan ingat apa yang saya buat,tidak ada makna.saya tidak mahu melakukan sesuatu yang sia-sia dan tidak bermanfaat terhadap orang lain.jadi jangan salah anggap bila saya lakukan sesuatu,ada maksud tersirat didalamnya.dont judge a book by its cover.read and understand first before judging the whole story.


ok itu je pesanannya.banyak lagi nak pesan tapi malas nak taip bebanyak.kang boleh ambil buat karangan SPM untuk dapat A nanti.soo take care.maaf kalau sesiapa yang terasa dan teranggap coretan kali ini berunsurkan ugutan.bukan apa,cuma tak nak jadi isu yang sememangnya tak ada isu kerana dah diselesaikan.so tak payah nak sibuk nak bagitahu orang lain apa-apa.buat info sendiri sudah la ye.

=)


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

No comments: