ok hari ini tak tahu apa yang merasuk hati,jiwa dan perasaan yang membuak buak nak bercerita tentang satu isu yang mana dihadapi oleh para pelajar yang sedang belajar.masa belajar ni banyak masalah yang dihadapi kan?tapi nak cerita satu je sebab yang satu ni agak ketara nampaknya walaupun perkara no 1 yang melanda ketika belajar adalah soal cinta tapi bukan nak cerita pasal cinta.haaaa.sape yang sedang belajar ni,maksudnya khas untuk para lepasan sijil pelajaran malaysia laa.sebelum tu,maybe memang dah ade.tapi tak menonjol seperti yang sudah diupgrade jadi sijil/diploma/degree/master/PHD dan sewaktu dengannya.comfirm benda ni terjadi kat korang korang semua kan?ini yang dinamakan sebagai tragedi seorang pelajar.*memandai je*
haaa rilek rilek.itu baru je mukadimah untuk pembukaan isu.panjangkan?saje je nak buat panjang.hehehe.ok.isu yang nak dibangkitkan pada perjumpaan entry kali ini ialah pelajar yang dah lepas dari SPM yang sedang belajar pasti akan ade masalah dengan berat badan atau secara umumnya orang yang kurus sekurus lidi tu,boleh jadi gemok segemok yang boleh lah.kan?jangan tipuuu.walaupun ade yang tak mengalami tapi saya percaya 90% akan ade masalah ini.tapi yang boleh control pemakanan ketika belajar tu,di kira mengalami juga lah kan?tapi disebabkan pandai control pemakanan tu yang tak jadi gemok,jadi di consider kan mengalami juga la kan?*nk gak semua kena.hahaha*
ok tak payah ambil contoh jauh jauh lah.kang ambik contoh dihujung dunia kang korang semua tak faham.merunggut plak cakap penulis blog ini dok merepek je memanjang.satu pon tak faham.bazir masa korang baca kan?haaa ni yang nak ambik contoh dekat je supaya korang faham apa yang penulis blog ini nak merapu dan merepek.ok contoh yang terdekat,mestilah diri penulis blog ini sendiri.haaaa*aku tahu ade yang nak kutuk aku gemok kan?haaa mesti korang gembira aku ngaku aku gemok kan?*tak perlu nak ambil contoh jejauh.
ok berdasarkan pengalaman penulis blog ini,asalnya dia tak percaya orang cakap "orang yang belajar ni mudah gemok sebab bila belajar,otak berpusing pusing macam gasing tapi lagi laju dan membuatkan perut kita cepat lapar.sebab itu ramai yang gemok lepas spm".penulis blog ini sangat membangkang kenyataan yang dikemukakan oleh pihak defenden.jadi pihak pembangkang(penulis blog) cuba nak melawan dengan menganalisis dari dia tadika sampai la diperingkat dia yang sekarang ini iaitu dalam proses upgrade ke diploma.
pastuh si penulis blog ini terdiam.dia bermonolog dalam hati *ada benarnya yang dihujahkan* ok.dari tadika sampai dia ke sekolah menengah,dia belajar takde gemok pon sampai dia habis spm tu pon dia tak de la gemok pon.kurus kering je sampai mak dia cakap "makan la banyak skit.kasi berisi macam jelly tu.kurus macam lidi je mak tengok" pergh membara bila mendengar si emak*macam tak sesuai je.ok tukar* si ibu berdialog begitu dengan anaknya.
then di saat dia memasuki tempat upgrade diploma ini,semuanya kian berubah dengan sekelip mata.haaaaaa.da jadi semakin gemok dari dulu.haa ambik.penulis blog ini pon tak tahu apa dah jadi dengan diri dia yang sebenarnya.mungkin dulu dia memain banyak tak belajar tu pasal tak gemok.ni da diploma,belajar banyak main kurang tu yang gemok.rasanya ......la....?ok salah satu buktinya *mengaku* penulis blog ini ketika di kawasan upgrade tu,pemakanan dia tak menentu.ikot kepala je nak makan bila.tapi takde la mahal.just murah murah je macam nasi lemak sebungkus RM1.00 tu je *ok tipu* of course la dia nak cari yang kenyang kan?duit pt ada,itu la jadinya.hahaha.
untuk pengetahuan info korang,bukan pasal kita makan jadi gemok,tapi metabolism dalam badan kita yang tinggi tu yang buatkan kita jadi gemok.haaa.tak caya g google.hahaha.
dari hari ke hari dia memerhati perkembangan perutnya.semakin hari semakin mengembang macam belon yang ditiup udara.pergh.*kutuk diri sendiri* tak boleh blaaa.gemok daaah.balik umah je mak berdialog "GEMOKNYA kau?kuat makan ke kat sana?kau kena kurang makan ni.kasi kurus." begitu pulalah dialog yang dikatakan oleh seorang ibu kepada anaknya.
lagi dia tension kan.kata suruh gemok skit.ni da gemok suruh kurus plak.*atok berkata:nak(penulis blog)...bukan senang nak puaskan hati semua orang* haa.geram betul.tapi tu lah,dia malas nak ambik apa yang si ibu dia ni pesan.konklusinya gemok itu dimaintain kan selama yang boleh.sebab masa ni penulis blog ini tak habis lagi diploma dia.lepas da habis diploma,jadi la kurus balik.dok merayap main bola jaring ke kan?eyh bola keranjang.bukan bola jaring.bola jaring tu untuk perempuan.hahaha.
mulai dari saat itu lah dia mula tidak membangkang dengan apa yang dihujah oleh para defenden yang banyak cakap dan berhujah tu.*terkena batang hidung sendiri* ok.jangan nak tipu je para pembaca semua tidak mengalami.saya saman kang,nak?saman atas kesalahan menipu diri sendiri,nak?*ade ke kesalahan itu?* ok tipu jee.saya tak tahu nak saman orang.hehehe.
haa tengok.tak tipu kan?siap ade kedai student fast-food lagi
pergh terliur kot.ni la menu student sebenarnya.*tipu je*
inilah contoh student kebulur.*tipu gak.orang ni dalam pertandingan makan*
ini elvis.makan piza.*tipu je*
ini ialah ice cream.sedap kan?*ini sebenarnya ulat bulu.kena tipu lagi*
NOTAPENYEPAKDIMUKAKU:saje je bagi korang tengok gambar supaya terliur nak makan.jadi lagi gemok dari dia.*dengki orang kurus*.gambar terakhir tu takde kena mengena pon.saje je tunjuk kat korang dan untuk pengetahuan korang,korang dah kena tipu sebanyak 10 kali.
mesti korang pergi kira gak kan?haaa tengok.kena tipu lagi sekali.banyak betul penulis blog ini tipu para pembacanya.yang bijak je tak kira.tapi still kena tipu kat dalam entry.hehehe.jangan marah #okbai
=p
3 comments:
meremang tgk ulat bulu tu ==
btw, bagi title lagu nie boleh? i loike it :)
ahahaha.comel ape ulat bulu tu.hahaha
tajuk lagu ni your guardian angle.penyanyi dia The Red Jumpsuit Apparatus.
Post a Comment