Thursday, September 8, 2011

wajarkah cukai 6% ?



assalamualaikum

kali ini kecoh pula dengan isu cukai yang dikenakan pada 15 september ini kepada semua penguna prepaid reload/topup diseluruh negara sebanyak 6%.

memang kecoh.kecoh gila la isu ni.mana taknya rata-rata penguna hp adalah golongan muda yang tidak mampu untuk mengunakan line kerana masih sedang belajar dan tidak bekerja.

nampak seperti tidak releven sokmo la begini.kami sebagai pelajar dan tidak bekerja perlu mengeluarkan duit lebih sebanyak 6% semata-mata kerana cukai perkhidmatan.di mana kami sebagai pelajar nak gunakan duit untuk keperluan yang lain sekiranya hp itu adalah satu-satunya alat yang menghubungkan semuanya telah dikenakan cukai sebanyak 6%.itu bukan sedikit.

disini kerajaan seharusnya perlu diambil kira,tak semua remaja seperti kita celik IT tahu semua benda tentang IT.kalau tahu pon,Internet nak kena bayar juga.kalau tidak,tak dapat juga nak berhubung.nak kata pergi CC/cyber cafe?kena bayar juga duit bukan free.

adakah disini kerajaan melihat bahawa ramai penguna topup lebih daripada penguna line sehingga melihatkan jika dikenakan cukai,sudah pasti dapat keuntungan yang berlipat kali ganda?

iye,bukan aku nak condem sebab aku sebagai rakyat yang tidak tahu apa-apa cerita sudah pasti beranggapan sebegini rupa jika tidak tahu apa sebabnya dikenakan cukai.tapi berpada lah kalau bercukai pon.6% tuu bukan sedikit.aku ni sebagai pelajar dari dalam segi kewangan pon semput nak bernafas,ni kena lagi keluarkan duit untuk 6% lagi.

tapi bila dilihatkan daripada tindakkan kerajaan yang dulu dulunya,secara konklusinya kesan daripada tindakkan kerajaan aku lihat semuanya tindakkan melulu.aku ni bukanlah orang yang suka kepada politik tapi tak bermakna aku tidak sokong langsung apa yang dibuat selama ini tapi aku melihat dari segi kesan yang dipamerkan oleh orang ramai sehingga keluar disurat khabar.

aku adalah dengar dari ramai orang pernah mengeluarkan pendapat bahawa,kerajaan mengambil tindakkan tanpa berfikir panjang sehingga mengakibatkan kesan yang keterlaluan terhadap rakyat sehingga rakyat sendiri bangkit dan membantah atas tindakkan kerajaan itu sendiri.

jangan sampai sejarah dinegara-negara lain terjadi iaitu kerajaan digulingkan habis-habisan oleh rakyatnya sendiri baru kerajaan sedar dan nak berfikir sebelum bertindak.

bukan tidak sokong kerajaan,tapi berpada-padalah dalam mengambil tindakkan yang mungkin akan menjejaskan rakyat sendiri.kalau gaji/alaun dinaikkan,itu tidak mengapa kalau nak kena cukai tinggi-tinggi.ni semua benda naik harga,gaji/alaun tidak juga dinaikkan.bagai mana nak hidup kalau macam ni?fikir fikirkanlah.

sumber click sini
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

4 comments:

Nyamuk Terbang said...

smua bnda nak kna cukai skrng nie
grrr~~

Aida said...

bankrap mcm ni sbgai plaja....

Kongsi Apa2 Aje said...

salam perkenalan...
urm...memang x patut lah pasal tax tu...adminkongsi pun x setuju sangat...xkan semua benda nak naik harga kot...zzzzzzzzzzz

ingin berkongsi entry...sila paste link entry di sini
http://kongsi-apa2-aje.blogspot.com/p/berkongsi-disini.html

mekasih (^_^)

~~ shafi~~ said...

salam perkenalan..
mmg bankrap la student pasnie...
pas 1,1 naik harga...