Friday, September 9, 2011

melupakan seketika.




assalamualaikum

aku juga sebagai seorang manusia seperti kau.aku juga adalah seorang insan yang mempunyai kelemahan diri seperti kau.yea atas kerana satu perasaan ini aku merasakan bahawa aku betul betul kehilangan arah tuju ketika ini

maafkan aku kerana melakukan semua ini.apa yang aku lakukan adalah untuk menjaga hubungan kita yang terbina ini atas keikhlasan aku dan aku tidak meminta kau untuk membalas kembali apa yang telah aku berikan.

yea,perasaan ini bisa menghukum aku kerana merindui kau.aku kehilangan arah semasa kau tiada disisiku.aku rindu nak berbual dengan kau tapi kau diam membisu.

saban hari aku menanti kau untuk berbicara dengan aku,tapi sayangnya kau tetap dengan membisu.tanpa sebarang kata dan khabar kau menghilang.adakah kau sendiri sudah tidak mahu berbicara dengan aku lagi?

hurm entahlah.akal mengatakan baik aku melupakan perasaan ini untuk seketika waktu.hati pula berkata sebaliknya.hurm..terperangkap dengan perasaan itu adalah satu seksaan.

alangkah bagusnya jika kau berada disampingku ketika ini kerana aku betul betul keresahan ketika ini. senyumanmu dan caramu boleh menghilangkan resah disanubari ini.

hurm...memandangkan kau diam seribu bahasa mungkin ada baiknya aku melupakan kau untuk seketika waktu.berbicaralah kembali apabila kau sudah bersedia.aku menanti dirimu disini dengan penuh kesabaran.

hidupku terumbang ambing disaat kau pergi melangkah diam seribu bahasa.ketahuilah bahawa aku sangat merindui diri kau.maaf apa yang dikatakan kepada kau adalah tidak sama dengan apa yang hati aku ingin katakan.


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

No comments: