assalamualaikum
woot woot kali ni nak update skit pasal satu patah perkataan seperti yang korang da baca kat atas(title) ni.yeaahhh perkataan ini sangat sangat selalu digunakan bagi pasangan yang bercouple.sudah semestinya memang selalu sangat.tapi bukan untuk pasangan je.tak berpasangan pon kerap kali la digunakan.kalau tak faham jealous tu ape,dalam bahasa melayu dipanggil cemburu.
perkataan ini ada baiknya dan ada buruknya.jadi mari kita melihat apa yang baiknya dan apa yang buruknya.aku lebihkan kepada skop berpasangan lah sebab zaman muda mudi ni ramai yang berpasangan kan?betul tak?tipu la kalau korang tak pernah nak berpasangan kan?hahaha mai mai scroll ke bawah.
dari segi kebaikkan kita boleh melihat dengan adanya cemburu ini,secara tidak langsung akan berlakunya persaingan secara sihat.tapi minta lah tak sihat tu dijauhkan.secara tidak kita sedari,kita akan cuba untuk memberikan yang lebih baik dari apa yang kita berikan jika kita sambil lewa.ape kaitan dengan pasangan?begini,sekiranya kita jeles tengok pasangan kita lebih mesra dengan orang lain berbanding dengan kita,kita akan sanggup buat apa sahaja untuk menarik perhatian pasangan kita untuk kita tunjukkan kepada orang sekitarnya bahawa si dia adalah milik dia dan hanya dia yang boleh mendapat kemesraan lebih daripada orang lain.
selain itu,kita juga boleh membuat pasangan kita merasakan kasih sayang secara tidak sedar.sedar atau tidak ada pepatah mengatakan cemburu itu tanda sayang.bukanlah maksud aku cemburu seperti cemburu buta tu.itu da kategori gila namanya.cemburu yang dimaksudkan,cemburu berpada-pada lah.melampau sangat kalau sampai cemburu buta tu.kaitannya,kadang kala hati nurani kita sering kali tertanya-tanya sejauh mana pasangan kita akan mengambil berat,melindungi serta sayang kepada kita.tipu lah kalau tak pernah rasa cam tu kan?jadi kita akan menguji pasangan kita dengan pelbagai cara untuk membuatkan pasangan kita jealous dengan orang lain.
kalau la korang nak tahu,cemburu itu dapat merapatkan silaturahim antara kita dengan pasangan kita kerana cemburu ini memberitahu kita bahawa pasangan kita ini sayang akan kita.ini sedikit sebanyak merapatkan hubungan kita dengan pasangan kita.betul tak?selagi kita mengetahui si dia itu sangat menyayangi diri kita,lagilah bertambah sayang kita kepada si dia kan?ini adalah lumrah hidup seorang manusia.
ok berbalik kepada cemburu yang membawa keburukkan.biasalah,setiap apa yang ada kebaikkan sudah pasti ada keburukkannya sekiranya berlebihan atau keterlaluan.sekiranya cemburu itu melebihi daripada apa yang sepatutnya,percayalah bahawa hubungan itu takkan kekal untuk jangka masa yang lama.ketahuilah bahawa semua orang tidak suka pasangannya cemburu gila atau lebih dikenali sebagai cemburu buta.
cemburu buta ini boleh membuatkan seseorang itu hilang pertimbangan untuk berfikir dengan waras.percaya atau tidak,pernah tak kita terfikir bila kita berasa marah sangat-sangat sampai terbayang untuk melakukan sesuatu yang melebihi daripada jangkaan kita terhadap orang itu?aku pasti semua orang pernah mengalami seperti itu.aku juga tidak terkecuali dalam perkara ini.secara terus terang aku katakan,jika pasangan kita adalah seorang yang cemburu buta sama ada tanpa sebab,mencari salah silap kita selalu,memukul dan sebagainya yang mendatangkan kesakitan dan masalah,baik tinggalkan sahaja dia.
bukanlah aku katakan tak boleh nak cemburu buta.boleh tapi biarlah bersebab dan siasat dahulu apa yang sebenarnya berlaku.selepas itu,janganlah sesekali memukul pasangan kita jika perkara itu adalah benar.berbincang seelok-eloknya untuk menyelesaikan masalah itu.jika perlu,berikanlah hukuman yang memuaskan hati dengan setimpal dengan apa yang dilakukan sekiranya dua-dua masih mempunyai hati antara satu sama lain.kalau bagi hukuman tu,janganlah melampau sampai menyiksa dan menyakitkan pasangan kita.maksud aku macam,nak pergi mana-mana ke nak keluar ke kena bagitahu kita ke,nak kluar kita mesti ada baroo keluar ke ape ke haa macam tu la.simple je kalau nak memantau sahaja kan?
cemburu itu sebenarnya elok jika kita tahu mengunakan cemburu itu dengan sebaiknya.jangan keterlaluan dalam satu perhubungan.jika kita meletakkan diri kita dalam situasi pasangan kita lalu si dia cemburu seperti mana kita cemburu (keterlaluan) sudah pasti kita pun tidak suka bukan?jadi kat sini aku bagitahu,bertolak ansurlah selagi boleh.aku percaya setiap orang berhak mendapat peluang kedua untuk sesuatu kesalahan yang dilakukan kerana sebagai seorang manusia,kita tak terlepas daripada melakukan kesilapan sama ada sedar mahu pun tidak sedar kerana ini adalah lumrah kehidupan seorang manusia.
jadi tepuk dada tanya selera,di manakah tahap kecemburuan kita terhadap pasangan kita itu.sama ada ditahap yang sepatutnya mahupun keterlaluan.sekiranya sayangkan pasangan kita,cemburulah berpada-pada kerana itu adalah sebahagian rencah yang perlu ada pada setiap hubungan yang dibina.
.
1 comment:
berpada-pada la, hehe XD
selamat hari raya :P
Post a Comment