Monday, September 26, 2011

tips mengembalikan mood cinta



assalamualaikum

haaaa kali ini aku terpanggil sekali lagi untuk berbicara tentang cinta.kali ini entry yang aku nak update ini adalah mengenai mencari kembali mood cinta setelah mendapat soalan daripada seorang blogger yang bertanya dalam entry yang lepas.entry ini khas untuk orang yang akan melangkah ke gerbang alam perkahwinan tetapi kehilangan mood cinta itu dipertengahan jalan.kalau ade pasangan yang nak cuba tips ini pon boleh saje.janji berpasangan.

tips pertama ialah memberi hadiah secara tidak langsung.berdasarkan pemerhatianku,perempuan sangat suka dengan hadiah yang diberikan oleh pasangan secara mengejut.haaa bagi perempuan ini merupakan nilai sentimental yang sangat romantik iaitu memberi hadiah tanpa diduga oleh dirinya.sekiranya jarak jauh,kirimkan saja hadiah beserta dengan ucapan romantik didalam cd ataupun mengunakan kaset untuk merakamkan kata-kata yang boleh membuatkan si dia merasakan sangat dihargai.

tips kedua pula sentiasa bersama dengan si dia dikala suka dan duka.bukanlah bermaksud bersama dengan dirinya 24/7 gitu.bukan.setiap orang pon mahukan kebebasan untuk dirinya sendiri.maksudku ialah bila diperlukan oleh si dia,sentiasalah ada ketika itu.tak kiralah walau apa sekali pun,sentiasa bersama dengan dia ketika si dia diuji hebat oleh dugaan Allah S.W.T.sentiasa memberikan dorongan dan suntikkan semangat yang tidak berbelah bagi.jangan sesekali mengabaikan si dia ketika diperlukan.kerana ini akan menghambarkan hubungan pasangannya.jika dijarak yang jauh,sentiasalah berhubung.dunia sekarang ni kan dah moden.dunia tanpa sempadan.boleh la guna 3G ke,skype ke,ym ke haa banyak cara nak berhubung dengan internet walaupun tidak boleh nak bersua muka bersama-sama.

tips ketiga ialah sentiasa memanjakan pasangan.haaaa part ini memang semua orang suka.kan?tak kira la laki ke perempuan memang suka dimanjakan.lumrahlah hidup seorang manusia yang normal.maksudku disini ialah sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.bergurau senda selalu dan selalunya bercakap-cakap romantik.sekiranya dah bosan,bolehlah buat lawak lawak yang tidak keterlaluan sebab nanti pasangan akan berfikir yang korang ni buang tebiat ke?hahaha.kalau takde idea macam mana nak start,haa boleh pakai tips ni.merenung dengan mata yang redup diwajahnya.setiap perempuan pasti akan tanya "kenapa pandang macam tu?" haa lepas tu boleh la korang mulakan topic untuk mulakan berkata-kata.ucapkan bisikkan rindu korang dengan sebaik mungkin supaya si dia memahami apa yang korang nak sampaikan.

tips keempat pula agak susah sedikit.iaitu berkenalan dan akrab dengan kawan dan keluarganya.serius ini susah.kalau boleh buat,insya~Allah semuanya berjalan dengan baik.salah satu tips ialah berbanyakkan bertanya tentang perkara yang umum dengan keluarganya.bercerita sedikit tentang diri sendiri supaya keluarganya mengenali diri korang.berbanyakkan cari topic perbualan yang boleh dikatakan ahli keluarganya minat terutama ibubapa dia.mungkin boleh berborak pasal hobby?berborak pasal isu semasa ke?berkongsi pendapat dan sebagainya.dengan kawan dia pula,berbanyakkan berborak pasal diri si dia dan kadang kala tu borak la pasal diri kawannya serta diri sendiri.pasal hubungan korang dengan si dia ke.dengan cara ini.korang akan lebih memahami diri pasangan korang.secara tidak langsung,korang akan buat kejutan sekiranya korang dah tahu apa yang disukai.ini secara tidak langsung juga menunjukkan korang peka dengan keadaan orang sekitar si dia.ini juga menunjukkan korang terlalu mengambil berat mengenai dirinya dan menyayangi dirinya.sekiranya berada jarak yang jauh,kenali kawannya dan sentiasa berhubung dengan kawannya sekiranya tidak dapat berhubung dengan dirinya.pendek kata,bertanya khabar lah selalu.

tips yang kelima pula ialah senantiasa kreatif sewaktu bersama dan berbicara.haa part ini macam macam korang boleh buat untuk menarik perhatian si dia.ajak keluar jenjalan ke main permainan budak budak ke macam jongkang jongkit ke,ting ting ke main paint ball ke,berjogging ke buat sesuatu yang dia tidak pernah terfikir akan perkara itu.maksud aku,cuba buat sesuatu yang boleh mengimbau kenangan si dia sewaktu kecil.sekiranya berjaya comfirm dia akan mengingati semua ini seumur hidupnya kerana korang berjaya membuatkan dia gelak tertawa riang seperti dia masih seorang budak budak.

tips ke enam ini pula semestinya dan perlu ialah sentiasa meluangkan masa dengan dirinya.maksud aku sentiasalah meluangkan masa dengan dirinya walaupun diri sendiri sangat sibuk dengan tanggungjawab kerja.kalau langsung takde masa untuk bertemu,telephone lah dia setiap hari sewaktu hendak tidur dan berbicaralah dengan lemah lembut dengan kata-kata pujangga yang membuatkan seseorang itu merasa dihargai.bak kata pepatah jauh dimata dekat dihati.tunjukkan korang tak pernah nak lupakan dia walaupun sesaat pon dalam hidup korang.

tips terakhir ini juga semestinya perlu ada dan perlu membuat selalu.biasanya ramai yang lupa tentang satu perkara yang ini.iaitu berdoa kepada Allah selalu.berdoalah setiap hari agar perasaan bosan terhadap hubungan yang bakal dibina dengan ikatan sah itu dijauhi daripada hati.berdoalah agar hubungan itu berkekalan sehingga ke nafas yang terakhir.insya~Allah,semuanya akan berjalan dengan sebaik-baiknya dengan izin Allah S.W.T.

insya~Allah dengan semua tips ini harap bergunalah untuk yang membaca ini.sekiranya semuanya telah dilakukan insya~Allah dengan izin Allah,mood cinta itu akan datang kembali bersinar setelah pudar dimasa lalu.


.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

1 comment: