hui hui hui hallo hallo hallo everybody.keh keh keh.in english or malay?maybe lets talk in malay shall we?okaylah hari ini memang aku merancang untuk keluar merayap kerana stress yang amat sangat aku pon mengambil keputusan untuk menonton wayang.jadi mari baca apa yang aku lakukan untuk menghilangkan stress ;)
seperti yang korang tau sekiranya ada baca blog aku la,aku sekarang ni sedang ada krisis dengan awek aku.errr awek?errr okay thats personal.and yeah, aku mengambil keputusan untuk hang out alone today to release my tension.and yeah didnt had any mood to talk with anybody else.eh eh asal aku speaking plak ni.tershasul pula.hehe
gambar ni tak boleh nak rotate.taktaw kenapa.
so aku pon ambil keputusan untuk pergi ke mall yang terdekat dengan tempat kediaman aku ni.tiket wayang pukul 5.20 sampai pon jam 3.15 petang.niat dihati nak tengok pukul 3.20 tapi tah la.penuh pula panggung hari ini sampai beratur kebelakang.bukan ke ramai orang bersuasana raya lagi?pelik plak aku.
so lepas je beli tiket tu main game kejap kat sebelah cinema tu.RM5.00 aku habiskan.hahaha.tension punya pasal game lawan lawan aku sental.hahaha.pastuh beli la air kat jusco sana.tiba tiba terserempak pula dengan seorang senior aku yang bernama Affan.
haa rindu gak la nak jumpa senior senior aku yang gila gila dulu.haha.chit chat kejap dengan dia.rasa cam kesian plak.dah la dean list then tak dapat sambung degree dia sebab course dia tu baroo diiktiraf tahun ni.dia da tamat tahun lepas.so memang tah la.simpati pula dia.
then habiskan masa dengan melepak kat bowling.haaa part kat bowling aku sebenarnya nak cari wifi.tapi damn sekarang diorang da letak password pula.dulu takde pon.kedekot betul.hahaha.kat bowling ni aku ade la tertarik dengan sebuah keluarga ni yang sedang beriadah ketika aku melakukan hobi aku iaitu memerhati keadaan sekeliling.nak tau ape?meyh tengok gambar dia.
nampak tak apa yang diorang buat?aku memang salute la keluarga ni.diorang beriadah dengan family sambil buat revision.tak pernah nampak keadaan seperti ini.inilah ciri-ciri orang yang berjaya dimasa hadapan.inilah orang yang betul betul menghargai ilmu.serius bukan selalu boleh tengok keadaan macam ni.terharu pula.keh keh keh.
and yeah aku tengok film terbaru iaitu "Hantu Bonceng".tadaaaaa.haaa jangan jeles aku da pergi tengok.haha.so bagi pendapat aku la cerita ni memang tak rugi la kalau tengok.aku nak tengok kali kedua kalau diizinkan masa dan kudrat.haaa.cerita dia memang lawak dan boleh la tahan lawaknya.tapi yang aku kecewa skit part kat rumah mayat tu,hantu tu pegang kaki.nampak sangat kaki patung.hahaha.memang aku cam,adoi potong khusyuk betul la.hahahaha.jadi tengok jangan tak tengok okay.memang terbaik sampai aku senyum sorang sorang dalam panggung tu.hahaha ;)
selepas je habis cerita aku balik rumah.time nak balik rumah tu dalam kul 7 la jugak keluar dari mall tu.sampai je kat taman perumahan aku,aku mengalami sesuatu kejadian yang aneh.aku sendiri pon bengong sebenarnya apa yang berlaku.
ade seorang pakcik india ni,dia naik motor,dia lalu sebelah aku dalam kelajuan 40 km/h kot?laju gak lah.then tak sampai 4 minit,dia lalu sekali lagi.tapi kali ini slow.yang aku peliknya,mana pakcik ni tembus?jalan itu agak jauh gak la nak sampai ke simpang.tiba tiba dia lalu lagi sekali kat sebelah aku dalam keadaan 20 km/h kot?
aku cam bengong gak.ape benda yang jadi ni.sib baik la da dekat dengan rumah.sampai kat rumah ngam ngam orang azan.pergh patut la pon kena.orang nak azan dah.kena kacau sudah.tapi nasib baik la biasa je takde yang menakotkan langsung.
secara konklusinya stress aku dah berkurangan.yeaahh memang dah berkurangan sangat sangat dan aku tak mahu ambil peduli lagi dengan apa yang dah terjadi.biarkan benda ini berlalu dengan begitu sahaja adalah lebih baik.now my mood has come and yeah i feel great about this ;)
moral of the story:
it was the best way to release some stress with a comedy movie.it sure does cause the medicine of sadness is a laughter.so come to cinema and watch a comedy movie if you're stress out.
dont go out after and before maghrib or else something is not going to be all right will happen.so be extra precaution about the time okay.
;)
No comments:
Post a Comment