Thursday, January 20, 2011

music



assalamualaikum kepada semua para pembaca tak kira tua atau muda,yang follow secara anonyms pon tergolong juga lah dalam golongan yang setia membuka untuk membaca coretan yang mengarut kekarutan semua ini.saya tahu ramai yang follow blog ini secara anonyms secara tidak langsung dan secara live.terima kasih kerana memberi sokongan dengan membaca coretan yang panjang berjela dan memeningkan kepala bila mata itu sudah berpinar dan penat dengan setiap perkataan yang ditaip dalam entry ini.

tahukah anda bahawa music banyak mempengaruhi emosi seseorang dengan senangnya?termasuklah diri saya yang satu ini.emosi saya yang senang untuk dipengaruhi terutama melalui music yang saya dengar.kalau diperhatikan betul betul,lagu dalam laptop saya ni,boleh dikatakan semuanyalah lagu yang agak sedih jika dihayati liriknya.tak kira lah lagu melayu,english mahupun jepun.

*baru perasan sebenarnya ni*

haaaa.jangan terperanjat lagu jepun pun saya dengar juga.tapi yang femous jela dengar sebab saya ni bukan fanatik sangat dengan japanese and korean artist.jadi lagi "mirae" je yang saya dengar.haaa saya tahu saya ni tak up to date punya orang.*sedar diri ni*

ah tak kisah lah.lagu jepun ke korea ke lagu english ke lagu melayu dont care at all.sebab saya jenis universal.jadi tiada apa yang saya tidak akan cuba dengar.lainlah lagu macam heavy metal semua yang jenis jerit jerit satu apa haram jadah pun tak paham,memang saya takkan dengar.

jadi jangan suruh saya dengar music yang sebegitu rupa ye kerana ramai member yang suh dengar lagu macam tu.diorang kata itu satu seni dan kepuasan jiwa.bagi saya macam mengarut je.yela jerit jerit nyanyi,pastuh dah lah sebut pon tak jelas.sakit telinga je dengar.

saya pasti anda anda semua juga mempunyai lagu lagu yang tertentu dan  melambangkan diri anda dan cara hidup anda.jangan tipu lah tak ada.saya pon ada lah.hahaha.memang tidak dapat disangkal lagi lah music banyak mempengaruhi emosi dan perasaan kita dalam kehidupan seharian.

music music untuk para remaja common nya ialah music yang sentimental iaitu music yang orang umum lebelkan sebagai "jiwang".of course bila anda dilamun cinta,lagu lagu yang "jiwang" inilah yang akan menemani hari hari anda dalam melewati hari esok kerana anda tahu,sesetengah lagu melambangkan cinta awak sedalam mana.

*kononnyalah*

tapi ade juga yang sukakan music yang saya katakan tadi,heavy metal/black metal dan sama waktu dengannya iaitu lagu yang menjerit jerit.selalunya remaja yang suka dengar lagu macam itu ialah remaja yang mempunyai masalah masalah emosi dan tekanan hidup tak kiralah dari segi apa pon kerana bagi mereka menjerti adalah satu kepuasan untuk melepaskan tekanan yang telah terkumpul.tak dinafikan sesetengah orang menjerit adalah satu kepuasan nikmat hidup.

saya sangat senang dipengaruhi oleh music.dan hidup ini tanpa music ibarat mati.tapi jangan lah dengar music yang ngarut ngarut.dengar lah music yang memberi maksud kehidupan dan tidak melalaikan.insya~Allah.sekian =D
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

No comments: