Friday, January 14, 2011

drastik

assalamualaikum kepada semua readers dan tidak lupa juga kepada semua stalkers serta yang follow secara unknown itu.selamat malam ku ucapkan.terima kasih kerana setia membuka dan menemani blog yang tidak seberapa ini.maaflah blog ini tidak semenarik mana yang disangka kan.

disini ade beberapa pengumuman yang aku mahu lakukan dan akan lakukan ketika mulanya dari saat ini.sebenarnya da mula da lakukan cuma tak umumkan lagi je.aku sebenarnya nak umumkan yang aku tidak akan mempertahankan apa yang aku katakan.aku tidak akan bercakap banyak seperti selalu.

aku tahu dan aku mendengar ada beberapa pihak yang tidak suka orang lain bercakap panjang lebar dan memberi teguran yang tidak seberapa.maksud aku,aku tahu taraf aku dimana.aku sedar siapa aku.aku tahu aku patut berdiam diri daripada bercakap panjang lebar.

tak semua orang pon suka orang yang bercakap panjang lebar ni.aku sedar itu.tapi apa boleh aku buat dah ini memang sikap aku yang suka bercakap panjang lebar dan memberi pendapat serta teguran tanpa diminta.tapi tu lah memandangkan ade segelintir pihak yang tidak suka cara aku ini,aku minta maaf awal awal lah.

bukan sekali dua aku dengar orang cakap macam ni.bukan sehari dua aku pekak kan telinga.bukan seorang dua yang katakan macam tu.mulai hari ini aku bukanlah orang yang suka berbicara tentang apa-apa sekali pon.aku bukan lah jenis yang suka memberitahu tanpa diminta.aku minta maaflah sekiranya ade yang terasa perubahan drastik pada diri ini.

aku buat macam ni bukan ape,aku tak nak orang lain cakap aku ni tak reti reti bila aku harus berhenti bercakap.da banyak kali aku dengar orang cakap "ala dia tu cakap je lebih.tapi mengarut je semuanya"ye memang aku ade dengar dan aku perhatikan.cuma aku je buat buat tak tahu.

aku da malas nak dengar orang lain cakap bukan bukan kerana tersalah tafsir apa niat aku yang sebenarnya.aku da malas nak pertahankan apa yang aku cakapkan kerana aku tahu ada orang cakap belakang aku "jangan cakap/layan dia.cakap dengan dia pon semua dia nak menang je.tak pernah pernah nak mengaku kalah atau dengar apa yang orang lain cakap.semua dia je yang betul".ye da banyak kali.

jadi sekarang ini aku rasa dah tak perlu aku nak explain kenapa dan kenapa aku berdiam diri dan hanya mengunakan perkataan "terpulanglah" sebab aku da malas nak bidas apa yang dikatakan orang.daripada aku sakit hati melayan orang yang hipokrit yang dimana didepan aku,yela layan je.belakang aku kutuk kutuk.da malas aku nak cakap panjang lebar.cakap pon kena perli.so biarkanlah apa yang nak jadi pon,jadilah.maaflah,aku nak jadi seorang yang pendiam pula.

berkata bila perlu.diam bila tidak perlu.

Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.