makin lama makin menjadi jadi.yeeeee.aku dah berubah.berubah kerana tekanan yang dihadapi.tekanan orang sekeliling.kalau batch aku tengok ni mesti gelak punya...gelak sebab da berjaya tumpaskan dan memusnahkan harapan dan diri aku.ye terima kasih dan tahniah sebab sudah berjaya.
aku dah musnah.harapan yang terakhir sudah lenyap.harapan untuk aku berdiri.keyakinan yang telah dirobek.ye aku tahu dulu aku seorang yang sangat positive.sangat sangat.tapi aku terpaksa berubah.aku tak boleh nak melawan arus seorang diri.aku terpaksa ikut arus itu kalau aku tak nak dihanyut.
maaflah kepada sesiapa yang menaruh harapan dan percaya kat diri aku yang aku boleh berdiri dan maju kedepan.aku minta maaf kerana telah membuatkan benteng kepercayaan yang dibina terhadap aku telah runtuh.aku tak boleh nak tahan dengan keadaan orang sekeliling yang kerap kali mencari salah silap aku dari dulu sampai sekarang walaupun aku ikut teguran mereka.
aku pon manusia juga.ada kekurangan diri.ada kelemahan diri.tapi aku tak harap untuk ada kesempurnaan dalam setiap apa yang aku berikan,lakukan dan sampaikan kepada orang lain tak kiralah apa yang aku nak kongsi.tapi dunia ini memerlukan kesempurnaan untuk semua benda.bagi mereka,mereka perlukan kesempurnaan dari segi kepimpinan untuk memimpin mereka.
aku tahu aku bukanlah seorang pemimpin.aku cuma bernasib baik dipilih untuk jadi pemimpin.aku bernasib baik kerana diberi peluang kepercayaan untuk merasai sebagai seorang pemimpin dan ternyata aku bukanlah seorang pemimpin yang bagus dan baik.aku jalankan amanah aku.tapi sering disalah ertikan.mungkin aku patut berhenti memegang sebarang jawatan.
mulai hari ini aku rasa menjadi terlalu baik sangatlah bodoh.aku telah ditindas.telah dihina oleh rakan sebangsa dan seagama aku sendiri kerana menjalankan amanah yang diberikan kepada aku untuk dipertanggungjawabkan.entah lah.lagi banyak aku berkata-kata.lagi banyak yang dunia beri tekanan.mungkin aku patut jadi buta hati dan perasaan terhadap dunia dan hanya fokus pada dunia keagamaan.
mungkin dengan cara itu aku akan dapat ketenangan diri yang mana aku dambakan daripada apa yang aku dambakan dalam dunia ini.
No comments:
Post a Comment