maaf la sekiranya coretan ini berunsurkan mesej kepada kawan aku yang sorang ini.kepada readers yang lain,maaf kerana asyik mencoretkan masalah di blog ini sahaja kerana aku tidak mempunyai sesiapa pon yang boleh menjadi tempat luahan hati yang aku rasa,tak penting untuk orang lain tahu.jadi terwujudlah blog ini untuk mencoretkan semua rahsia hati yang tersimpan yang tidak terungkap oleh kata-kata.
berbalik pada topik yang asal.
aku minta maaf lah kepada yang berkenaan kan sebab,aku masih lagi berpegang pada prinsip kau yang kau katakan HEARTLESS itu.mungkin kata-kata aku membuatkan hati kau terguris.memang aku tak bermaksud pon nak berkata begitu.tapi manusia,sering kali merasakan salah faham dengan apa yang dinyatakan.
yeaah.mungkin cara aku mengatakan agak jelek didalam msg sehingga kau rasa aku memerli diri kau.aku nak kau faham.bukan semua orang boleh terima cara kau.bukan semua orang perlu faham kau seorang sahaja.kau pon perlu faham perasaan orang lain juga.
aku tak salahkan kau untuk merasakan salah faham dengan apa yang aku nyatakan.tak pernah sekali kali pon aku menyalahkan diri kau atas apa yang aku katakan.sebaliknya aku hanya menyalahkan diri aku.setiap apa yang aku katakan adalah salah aku.
ye aku minta maaf kerana masih berpegang pada prinsip kau yang heartless itu.sekarang aku nak clearkan antara aku dengan kau.
seandainya kau membaca blog ini,aku minta maaf dulu lah sebab ini apa yang aku pendam dalam hati aku untuk diri kau yang sekian lama aku rasa tak patut untuk kau jadi begitu.aku minta maaf dulu lah.aku tak bermaksud untuk menguris hati kau pon.tapi aku katakan ini hanya untuk kebaikkan diri kau untuk kau sedar sebelum terlambat.
first of all.aku nak kau tahu,kau telah berubah sangat sangat.perubahan paling ketara,kau lupakan kawan kawan kau yang lama di kolej ini.kau langsung tak contact kawan kau.kau cuma fokus pada pakwe kau je.ye aku tahu siapa aku ni nak cakap macam tu kat kau.aku ni cuma kawan bertaraf rendah.hilang macam tu je bila tidak diperlukan.kau ada kawan kau yang kau boleh bergantung selepas kau hilang dari pandangan mata aku.
second,kau cari balik kawan kawan kau yang lama bila kau merasakan bosan.bila kau rasa bosan kau cari aku.sumpah aku terasa weyh bila time cuti sem hari itu kau cakap kat aku bila aku tanya kat kau mana menghilang kau kata takde benda penting nak cakap,buat ape nak msg.jadi penghias corak je kat handphone kau.tanya khabar bila kau bosan je.bila kau ade hal penting je baru kau msg aku.sumpah aku terasa.tapi aku senyap.aku tak cakap ape pon.aku just layan buat macam biasa sebab aku tak nak gaduh dengan kau.aku tahu kau tak suka aku nak bercakap panjang lebar tentang sesuatu perkara.
third,kau tak pernah nak faham orang lain.kau cuma nak orang faham diri kau saje.sorry to say.kalau kau nak orang faham kau saje tapi kau tak nak faham orang lain,memang hidup kau akan porak peranda je.hidup ini perlu give and take.kau kena lah faham orang lain juga.jangan kerana kau sendiri,orang lain merana juga.aku dah dengar macam macam cerita tentang kau.cuma aku je buat tak tahu sebab aku tahu,aku ni tak layak nak tegur kau.aku tahu kalau aku tegur kau,kau akan tarik muka dan masam muka dengan aku.jadi aku senyap.aku tak nak persahabatan yang terjalin ini putus macam tu je.
mungkin cuma 3 ini sahaja yang boleh aku coretkan kat sini padahal banyak lagi yang aku nak tegur kau.banyak lagi benda yang aku nak cakap pasal diri kau.tapi tu lah.kau tak suka aku bercakap panjang lebar.kau tak suka aku tegur kau bebanyak.kau pantang kalau orang masuk dalam urusan kau.jadi aku cuma beri teguran dalam blog aku sahaja.aku takkan beri teguran depan depan kau sebab aku kenal kau macam mana.
aku harap kau berubahlah.aku tahu tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini.aku tahu bukan semua orang boleh terima cara teguran yang diberikan.aku tahu bila keadaan membuatkan diri sendiri tak suka.aku tahu semua tu sebab aku pernah lalui juga.
aku tak nak cakap panjang lebar lagi.kau dah besar.umur pon dah 20 tahun masuk tahun ni.kau dah boleh fikir dan tahu membezakan yang mana buruk dan yang mana yang baik.jadi renung renungkanlah apa yang aku cakapkan tadi.apa yang aku tegur tadi,aku nak kau dalam dalam berfikir betul tak apa yang aku cakap tegur tadi.
aku minta maaf lah lagi sekali sebab ayat yang aku coretkan mungkin agak pedas.dan mungkin juga tidak sepatutnya ayat seperti itu terungkai didalam blog ini.aku minta maaf sesangat.aku nak kau berubah kepada yang sepatutnya.
aku reda sekiranya kau dah tak nak cakap dan tak nak berkawan lagi dengan aku.aku tahu siapa aku dimata kau setelah apa yang berlaku dari dulu sampai sekarang.aku sedar weyh.aku sedar taraf aku dimata kau.maaf lah sebab hanya menjadi kawan baik kau untuk sementara waktu sahaja.aku minta maaf sebab tak dapat nak pertahankan taraf kawan baik itu selama yang mungkin.aku minta maaf sebab aku hanya bertaraf rendah dan tidak setanding seperti kau.aku minta maaf lah sebab aku sepatutnya tidak layak pon untuk cakap ape-ape kat kau.mulai dari saat ini,aku minta maaf sekiranya aku senyap dan tidak bertegur sapa dengan kau lagi.maafkan aku.
No comments:
Post a Comment