Monday, January 24, 2011

migrain

okay tak pernah pernah aku dapat tetiba aku dapat pula hari ini.aku pon pelik kenapa aku boleh merasai benda alah ni sedangkan aku tak pernah pon rasai sebelum ini.buat yang sudah merasainya mungkin perkara biasa lah sebab dari dulu memang da ada benda alah ni.tapi aku ni hah.tak pernah pernah dapat,tetiba dapat pula penyakit ini.

mesti korang bengongkan ape benda yang aku dok merepek repek ni kan?aku sebenarnya bercakap mengenai MIGRAIN.ye migrain.memang aku tak pernah dapat.tapi hari ini aku telah mengalaminya.balik dari kolej masuk bilik je terus sakit kepala.rasa tak larat pula.

memandangkan aku ni seorang yang berjiwa kental, *kononnya lah padahal tak pon* telah mencari sedikit info tentang penyakit ini.antaranya ialah

-Migrain berlaku apabila  seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang,berbeza tahap kesakitannya,kekerapan dan jangka masa serangan.
-Ia berasal dari perkataan Peranchis yang bermaksud sakit kepala sebelah
-Biasanya serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan sakit kedua-dua belahnya.
Jenis-Jenis Migrain
-Migrain tanpa aura
-Migrain dengan tanda aura
-Opthalmoplegic migrain
-Status migrain
Punca penyakit / Faktor Risiko
-Genetik
-Aktiviti saraf ‘trigemino’ yang mengawal saraf dalam kepala dengan ‘neurotransmitter’ yang dipanggil substance P dan lain-lain’neurotransmitter’ sperti ’stamine’ dan kinine’ menyebabkan urat-urat darah dalam kepala mengembang dan berdenyut.
-Aktiviti yang berlebihan pada pangkal otak mengakibatkan ‘ neurotransmitter’ seperti ‘norephenepherine’ dan ’serotinin’ yang menjadikan urat darah sempit, kembang dan mengakibatkan rasa sakit.
-Perubahan saiz diameter urat darah yang bergerak dalam kepala berbeza-beza dari masa kesemasa dalam satu serangan (spreading digemia)
-Pengeluaran serotinin yang berlebihan dari sel platlet darah
-
Tekanan perasaan atau ’stress’
-Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman alkohol
-Cahaya yang sangat terang
-Perubahan cara tidur / tidak cukup tidur
-Letih yang keterlaluan
-Bau-bauan ‘ perfume’ yang terlalu kuat
-Pengambilan pil ‘ contraceptive’
-Haid
-Pengambilan pemanis tiruan
-Daging yang ditahan lamakan (preservative) supaya tidak mengandungi natrium dan sodium glutamate
-makanan yang mengandungi histamine dan ‘vasoctive agent’
Tanda- tanda / Simptom
1) Migrain tanpa aura
   -Rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala, pesakit ternampak bayangan bergaris-  garis
   -Terjaga dari tidur akibat kesakitan yang amat sangat
   -berasa sangat loya, muntah dan terlalu sensitif pada cahaya dan bunyi
   -denyutan yang dirasakan amat sakit apabila disentuh penghidap boleh pengsan
2) Migrain dengan tanda aura
   -jarang berlaku
   -pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan (line) yang membesar, kemudiannya hilang
   -Penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan beberapa minit sebelum serangan
3) Opthalmoplegic migrain
   -terlalu jarang berlaku
   -sakit kepala yang keterlaluan boleh menyebabkan mata jadi juling dan buta sementara
   -mata menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine)
   -pesakit boleh hilang pandangan dalam masa beberapa minit
4) Status migrain
   -berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan
   -boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat strok
   -migrain yang berlaku berulang-ulang pada kanak-kanak menyebabkan mereka muntah-muntah dan sakit perut yang berulang-ulang
5) Bentuk serangan migrain
   -’severe’ rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala atau keduanya
   - ‘local’ - kulit bertukar menjadi merah  sedikit atau kelihatan pucat
   -’pallor’ berpeluh-peluh
   -’sono’ sensitif terhadap bunyi bising
   -’photophobea’ - sensitif pada cahaya
   -’speak’- percakapan menjadi perlahan untuk elakkan sakit kepala

okay aku merasakan migrain dengan tanda aura.tapi aku tak rasa kebas atau terasa mabuk sikit pon sebelum mengalaminya.yang lain yang aku highlightkan warna meraah ye.aku mengalaminya sekarang.memang aku tak pernah pon dapat migrain ni sejak dari kecik lagi.ni first time aku dapat.

mungkin faktor utama aku mendapat migrain ini ialah stress dan tekanan perasaan berdasarkan apa yang berlaku ketika ini.aku yakin hanya 2 sebab itu sahaja yang menyebabkan aku dapat migrain ini.selain itu aku rasa takde.aku rasa migrain dan rasa macam nak hentak hentak je kepala aku kat dinding ni.

terasa nak basuh otak pon ade gak sebab sakit yang amat.arghhhh.harap harap takde laa merebak sampai boleh jadi buta sementara punya migrain tu.harap harap ini lah kali pertama dan terakhir untuk aku alami migrain ni.menakot kan betul la migrain ni.haish~



Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

No comments: