Monday, May 23, 2011

semua benda boleh dibawa bergurau ke?

assalamualaikum.

bila berkaitan dengan orang yang dah meninggal dunia terutama sedara terdekat anda anda semua berlaku secara tiba tiba tanpa kita sedari tentulah amat menduka citakan kerana arwah sudah tiada dengan kita lagi.kita kehilangan orang yang tersayang dalam sekelip mata.

tapi apa perasaan anda semua bila ada kawan anda yang bergurau tentang kematian yang berlaku ke atas sedara anda semua?sudah pasti merasakan sedih sangat sangat apabila ada diantara kawan anda yang bergurau senda dengan apa yang berlaku bukan?

begitulah juga saya ketika ini apabila ada salah seorang kawan yang bergurau senda tentang hal hal sebegini.memang terasa nak bertumbuk bagai dengan dia ni dah.tapi tu lah.kalau jadi macam tu pon tak boleh nak buat apa dah kerana Allah lebih menyayangi dia.

semua benda nak dibawak gurau.umur da tua.terasa sakit hati bila orang yang telah pergi meninggalkan diri dengan kesan yang teramat sangat dalam dipersenda gurau.soal mati,soal agama semua ini bukan boleh dibawa bergurau.

nak bergurau ade tempat dan masanya.bukan setiap masa dan setiap perkara boleh dibuat gurau.memang lah sekarang ni terasa sangat dengan perbuatan seorang member ni.tolong ar sedar diri skit.benda kalau Allah da tarik nyawa,apa pon dah tak guna.tengok lah nanti kalau salah seorang ahli keluarga kau meninggal dunia nanti orang bergurau senda kan pasal pemergian ahli keluarga kau nanti.

Allah maha adil.tunggu je balasan yang akan datang nanti.dah lah buat ape nak tulis entry pepanjang pasal orang yang tak tau perkara mana yang boleh dibawa gurau dan tidak boleh dibawa gurau.terlajak perahu boleh berundur,terlajak kata,semua dah terlambat walaupun minta maaf berkali kali,sampai air mata berdarah pon takkan mengubah apa-apa.

fikir lah guna otak dan akal yang diberikan oleh Allah itu sebaik-baiknya sebelum kata-kata itu menghiris orang yang paling disayangi.ini baroo kawan,belum ahli keluarga sendiri.berubahlah sebelum terlambat.


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

No comments: