terlalu banyak yang berlaku dalam hidup ini.banyak sangat yang menghiasi kotak memori ini.sedih lebih banyak daripada gembira membuatkan aku ingin melupakan segala-gala apa yang terjadi dalam hidup ini.terlalu banyak yang ingin dilupakan.
alangkah bagusnya sekiranya aku dihilangkan ingatan tentang apa yang dah terjadi pada waktu lepas.tak ingin dikenang lagi apa yang telah berlalu.tapi otak ini tidak mengizinkan.senantiasa merenung kembali apa yang telah berlaku.aku rimas.rimas dengan semua ini.
semua ini adalah dugaan yang diuji oleh Allah terhadap aku.aku tahu aku mampu melupakan semua ini tidak lama lagi.tapi sampai bila??aku sudah ketiadaan nafas untuk bertahan lagi dalam melupakan segala-galanya.makin dilupakan makin terbayang bayang.
kadang-kadang aku terfikir,alangkah bagusnya jika aku adalah sebatang pokok.takperlu nak berfikir apa-apa kenangan yang telah berlaku.hidup hanya untuk memberi bakti terhadap manusia dan Allah S.W.T.takperlu susah susah nak berfikir tentng masalah yang dihadapi.
haih...aku harap dalam masa yang terdekat ini aku dapat melupakan apa yang patut.aku da rimas nak mengingat apa yang tidak perlu.rimas.rimas dengan segala-galanya.fed-up sudah.haih...
No comments:
Post a Comment