disini saya ingin berbicara sedikit tentang akhlak yang sememangnya untuk sedikit renungan untuk diri sendiri dan orang yang membaca entry ini.bukanlah apa,tapi atas kerana apa yang berlaku dalam kehidupan saya.mari kita berbicara sedikit tentang akhlak.
Akhlak adalah salah satu punca untuk sampai kepada kasih. Orang berkasih, semua yang datang dari kekasihnya adalah baik. (Sebab tu ramai wanita yang kena rogol dengan orang yang dikenali dan dipercayainya – menurut statistik yang dikajilah)
Fitrah, Tempoh Bertenang & Tidak Bertegur
Islam melarang umatnya dari tidak bertegur sapa dengan sahabat seIslamnya yang lain dek kerana pergaduhan perkara keduniaan lebih dari 3 hari. Antara yang dimaksudkan pergaduhan kerana sebab dunia adalah kerana tanah, harta pusaka, rumah, tanam bunga masuk kawasan jiran, isu pangkat, isu cemburu wanita dan lelaki dan lain-lain yang tidak ada kaitan secara langsung kepada Islam.
Nabi SAW bersabda :
ولا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ
Ertinya : Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan ( tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih dari 3 hari” ( Riwayat Al-Bukhari, 5/2253)
jadi kat sini telah terang-terangan dinyatakan oleh Rasulullah bahawa adalah haram jika tidak bertegur sapa lebih dari 3 hari kerana ia seperti memutuskan silaturahim yang dibina atas kerana kemarahan dan kekecewaan yang dihadapi.
memang, kemarahan tetap tidak dapat dielak secara tidak langsung, justeru Islam memberikan motivasi dan cara bagaimana cara menangani marah dengan pelbagai cara agar tidak memudaratkan diri. Apabila ia berkait dengan orang lain, Islam mengajar kita agar jangan terlalu terbawa-bawa sehingga memutuskan ikatan persaudaraan dan persahabatan hanya kerana kes marah ,gaduh tadi,cemburu,sakit hati dan sebagainya.
Imam An-Nawawi menyebutkan :-
تحرم الهجرة بين المسلمين أكثر من ثلاث ليال بالنص وتباح في الثلاث بالمفهوم وإنما عفى عنه في ذلك لأن الآدمي مجبول على الغضب
Ertinya : “Diharamkan tidak bertegur sapa di antara Muslimin ( yang disebabkan punca pergaduhan dunia) lebih dari 3 hari secara jelas dari Nas hadith, dan secara mafhumnya difahami harus untuk melakukan itu (jika perlu) selama 3 hari, dan sesungguhnya dimaafkan sifat demikian kerana manusia sentiasa terbawa-bawa sifat marah” ( Syarah Sohih Muslim, 16/117)
Memang tidak mungkin untuk melenyapkan pergaduhan itu sehabis mungkin, justeru Islam menggalakkan kemaafan antara satu sama lain agar kembali jernih silaturahim yang terjalin.
Islam membenarkan tidak bertegur sapa untuk maksimum 3 hari sebagai memenuhi kehendak fitrah manusia, tetapi tidak lebih dari itu, kerana lebih dari tempoh tersebut akan membawa mudarat kepada ikatan dan keutuhan sesama Islam.
Di dalam kaedah Islam ditegaskan :-
فتقدم المصلحة العامة على الخاصة
Ertinya : “Kepentingan umum sentiasa di dahulukan atas kepentingan peribadi” ( Az-Zakhirah, 2/467 ; Al-I’tisam , As-Syatibi, 2/116 ; Al-Muwafaqat, 2/367)
melayani kemarahan dan keegoan diri adalah kepentingan peribadi, jangan sampai ia melewati batas kepentingan umum. Kepentingan umum yang menjadi objektif Islam adalah masyarakat Islam yang berkasih sayang, bantu membantu dan objektif ini akan terhakis jika semua individu melayani kepentingan dan keegoan dirinya dalam hal ini lebih dari 3 hari.
Cuma perlu difahami, jika tidak bertegur sapa kerana berjauhan, kesibukan dan terputus komunikasi sehingga tidak dapat bertegur sapa lebih dari 3 hari, ia tidak termasuk dalam larangan Islam itu dah memang tidak boleh dielakkan lagi kerana rutin harian dan gangguan keadaan.
saya sebenarnya nak minta maaf dengan orang tu.ikhlas dari hati,tapi orang tu tak nak pula cakap dengan saya.berasa serba salah yang menebal dihati kerana apa yang berlaku.jadi saya buat sedikit kajian tentang perkara ini walaupun diri sendiri sedang sibuk dengan exam yang akan dihadapi esok pagi.sanggup buang masa demi sebuah kemaafan yang dicari.
haih.nak bercakap balik pon susah kalau da jadi macam ni.kalau lah tahu benda ini akan terjadi,memang takkan usik dia sampai berasa apa yang tak sepatutnya sampai tak nak bercakap langsung walaupun sepatah perkataan.mungkin belum sedia lagi kot untuk bercakap lagi dengan daku.haih...daku berserah kepada yang maha Esa untuk menentukan segalanya.
ya Allah.daku merasakan diriku telah membuatkan hubungan silaturahim antara daku dan dia sangat kritikal.bantuilah daku ini ya Allah untuk memperbaiki hubungan silaturahim yang dibina ini agar menjadi jernih kembali.sesungguhnya daku hanyalah seorang hambaMu yang hina ya Allah.daku meminta kepadaMu ya Allah,lindungilah dia,kurniakanlah kesihatan yang berpanjangan,permudahkanlah segala urusannya didunia dan akhirat,ringankanlah beban yang dia hadapi ya Allah.hanya Engkaulah tuhan yang layak disembah dan tiada yang lain selainMu ya Allah.sesungguhnya Engkau maha mendengar lagi maha mengasihani ya Allah.amin.
No comments:
Post a Comment