assalamualaikum
pernah tak korang alami keadaan dimana korang rasa alam fantasi itu lebih menyeronokkan bila realiti bertindak kejam terhadap korang?aku pasti korang semua mesti pernah mengalami perkara yang sedemikian ketika disaat korang terasa kesal kan?
memang benar ramai yang inginkan untuk hidup dialam fantasi yang tersendiri.memang benar ramai orang yang tidak suka dengan hakikat realiti itu sendiri.tidak dinafikan kerana dialam realiti itu,tak semua yang kita idamkan kita akan dapat.dan tak semua yang kita kecapi itu akan berkekalan seperti mana yang kita harapkan dalam fantasi.
dalam fantasi,semuanya mengikut apa yang kita mahu dan ketika itulah terasa dunia ini kita yang punya dan kita merasakan kebebasan yang sangat maximum tanpa batasan.terasa sangat bahagia.seperti tidak mahu berjaga dari tidur yang melenakan kerana risau dengan realiti kehidupan yang mencengkam dari pelbagai tanggungjawab.
disaat kekejam realiti itu bertindak ke atas kita,disaat itulah kita menginginkan alangkah bagusnya jika semua ini adalah fantasi yang dirancang.ketika itulah kita sedar bahawa realiti itu tak selalunya indah dengan apa yang diberikan.terasa kejam bila realiti itu selalu tidak adil.
kita selalunya menganggap realiti itu kejam bila keadaan sesuatu itu berat sebelah yang melibatkan diri kita.kita selalu menyalahkan realiti itu kerana apa yang berlaku tidak seperti yang kita inginkan.tapi pernahkah kita berfikir apakah hikmah yang ada disebalik realiti yang berlaku?
lumrah seorang manusia apabila berhadapan dengan dugaan,kita hanya menyalahkan keadaan dan takdir mengapa harus jadi begini.kenapa aku yang dipilih untuk mengalami apa yang terjadi ini?mengapa bukan dia?ini adalah persoalanan yang lazim ditanya kepada diri sendiri.
tetapi Allah itu maha adil.apa yang berlaku ada hikmahnya.pernahkah kita fikir disetiap kejadian yang berlaku itu selalunya adalah guru yang mengajar kita tentang sesuatu yang mana kita sendiri tidak tahu apa yang kita hadapi itu adalah ilmu dan pengalaman yang mana orang lain tidak dapat merasainya.
guru itu mengajar kita erti bersyukur dan erti kesabaran yang tinggi dalam menghadapi liku hidup sebagai seorang manusia yang masih bernafas di alam realiti ini.Alhamdulillah kita dipilih untuk menghadapi segala yang berlaku itu kerana Allah ingin mengajar sesuatu ilmu kepada kita yang mana orang lain takkan dapat seperti mana yang kita dapat.
bersyukurlah dengan apa yang berlaku kerana itu adalah satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah yang mana orang lain takkan mampu untuk mengajar kita sepertimana yang Allah ajar kita melalui keadaan keadaan yang tidak pernah kita duga.
jadi berhentilah menyalahkan realiti itu jika realiti itu bertindak kejam terhadap korang hanya kerana apa yang korang harapkan tidak menjadi.Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk makhluknya.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah. Al Baqarah:216)
jadi selamat beramal para sahabat yang disayangi dan dirahmati oleh Allah ;)
4 comments:
Allah tahu apa yg terbaik untuk hambanya ;)
sabar ek abg sayang ;p
insyaAllah semua ada hikmahnya :')
Allah telah mengatur yg TERBAIK buat hamba2-Nya....
yeah....dunia itu adil kerana qada' dan qadar itu ciptaanNYA. setiap yang berlaku bersebab. kejadian dan kelahiran kita juga bersebab.
kejam? yang kejam itu kau, bukan dunia.
:)
Post a Comment