Friday, August 5, 2011

perkahwinan dan couple?



assalamualaikum.

heeeeee heeeeeee.sementara ade masa ni nak update lagi satu entry la.haaaa entry mengenai cinta dan perkahwinan.hahaha.bukan rasa gatal nak kahwin tu.bukaaannn.topik ni terpancul apabila si salah seorang budak blogger perempuan tetibe je bukak topic pasal ni.

dia cakap,jodoh perkahwinan itu biarlah keluarga yang tentukan sebab keluarga dia dah pesan awal-awal,bakal suami dia nanti family dia yang tentukan dan dia telah pon diajar supaya reda dengan keputusan keluarganya.okay bagi aku ini tiada masalah pon.memang patutnya macam tu lah kan?

yang aku peliknya dia cakap,dia tak boleh nak terima kalau nak couple dengan lelaki walaupun hakikatnya dia teringin nak ade BF.BF tu bukan best friend.tapi boyfriend.hahaha.aku pon tergelak sendiri la sebab alasan dia tak munasabah.dia bagi alasan pasal yang kat atas tu lah.bakal suami dia keluarga yang tentukan.dia takot kalau couple nanti akan terus ke jinjang pelamin tapi keluarga tak setuju.

bagi aku,couple dengan kahwin itu dua perkara yang berbeza.couple tak semestinya akan ke jinjang pelamin.boleh kira beberapa kerat je yang couple sampai ke jinjang pelamin.aku bukan nak masuk dalam bab agama lah sebab dalam agama tiada istilah couple.jadi aku more to modern la skit.aku gunakan perumpamaan ye.

ini adalah alasan kenapa aku cakap dua perkara di atas adalah berbeza.bagi aku,couple itu umpama sekolah.masa disekolah,kita dituntut untuk menuntut ilmu bukan??jadi sama je dengan couple.kita belajar untuk mencari pengalaman yang cukup.maksud aku,bukan pengalaman negatif ye.jauhkan lah dari perkara negatif tu semua.aku maksudkan pengalaman dari segi positive.masa itu lah kalau salah pon tak pe.takde kesan kalau break up sekali pon.jadi jangan takot untuk jatuh cinta kerana itu semua adalah pengalaman untuk mendewasakan dan mematangkan diri kita dalam membuat hala tuju hidup.

macam perkahwinan pula diibaratkan seperti dunia pekerjaan dimana kita selepas grad dari sekolah,kita akan mengunakan ilmu yang kita tuntut untuk survive di dunia luar.macam itu juga perkahwinan.masa kita bercouple tu,cari pengalaman.dah cukup pengalaman nak kahwin pon tak pe sebab kita da pernah melalui pelbagai pengalaman semasa couple dulu.berbekalkan dengan pengalaman yang ada,insya~Allah kita akan dapat tahu cara untuk mengendalikan pasangan kita.maksudnya kita takkan mudah buat silap dalam membuat keputusan selepas berkahwin kerana pengalaman yang lalu.

aku bukan mengalakkan orang lain untuk bercouple.tidak sama sekali mengalakkan sebab couple itu terpulang individu.aku lebih merasakan couple itu seperti pertunangan.tapi pertunangan itu da macam peringkat college la kan?ups skit level dia.hahahaha.

kepada lelaki dan perempuan diluar sana,jangan takot untuk jatuh cinta setelah dikecewakan.kerana cinta itu manis bila kita tahu menghargai orang lain sepertimana orang lain menghargai kita.pape pon keluarga yang utama.jangan abaikan keluarga hanya kerana BF tu.ingat BF je.bukan suami.jadi utamakan keluarga dulu selain bijak dalam membuat perhitungan yang mana baik dan buruk.

Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

6 comments:

Eyka Laikha Zulaikha said...

nak kwen tpi belom cukup umo lgi...
hee :)

Far8 budak baik said...

yeahhhhhh..cinta yg dicari
pasti akan pergi..
cinta yg ditunggu
pasti tak kan mari..
cewahhh..aku pun pening..
kawen baru couple..baru ar..haha

yunZatie said...

oo mama..aku mau kawen..lalallala

Nyamuk Terbang said...

nak kawin lah mcm nie
haha

Aini Azman said...

nak kawin!!! tapi kene habis setadi ni dulu laa..=(

AnakPakZohar said...

single is simple
couple is trouble.
hahahaha.....