Sunday, August 21, 2011

3 sifat aku yang aku tak suka.



assalamualaikum

kali ini aku nak hupdate sedikit yang mana rata-rata ramai perempuan kerap kali mengatakan bila mereka bertemu dengan aku.aku pon tak tahu kenapa dan aku sendiri bingong sebab aku tak boleh nak ubah 3 perkara ini sejak dari dulu lagi.

first:
aku seorang yang sangat ceria.tak kira lah macam mana pon aku tetap akan ceria.cerianya bukan ceria biasa biasa.tapi ceria dengan gelak tawa.setiap hari mesti akan dengar aku gelak.kalau tak memang tak sah.tapi pelik bile aku senyap ramai yang tertanya-tanya dan beranggapan aku sedang menghadapi masalah.yang paling sedihnya,ramai yang pijak kepala gara-gara sifat pertama ini.

second:
aku seorang yang penyayang.*okay sila muntah* ini adalah kenyataan.bukan sebarang kenyataan yang dibuat buat.ini berdasarkan ramai perempuan yang cakap macam tu kat aku.aku pon tak tahulah apa nak buat lagi.sering kali perkara kedua inilah yang sangat ketara dan paling menonjol antara 3 sifat ini dan aku tak suka sifat kedua ini.nak tau kenapa?tunggu habis sifat yang ke tiga ye.

third:
aku ni suka kacau orang.kalau tak kacau orang memang tak sah.kiranya boleh masuk la dengan otak yang gila gila.maksudnya jenis yang open la.otak semua selamba badak je.takde tertutup ape.ade je idea gila yang nak buat.kebanyakkan perempuan cakap aku ni gila.hahaha

kesimpulannya

tadi dalam perkara kedua ade cakap yang itu adalah sifat yang paling menonjol kan?untuk pengetahuan korang,aku ni mudah sangat memberi kasih sayang dengan orang yang baroo aku kenal dan perempuan mudah tersalah anggap dengan sifat kedua aku ni.kalau dah lama tu tak usah cerita lah.kalau tak percaya boleh tanya kepada mereka-mereka yang kenal aku macam mana.

kerana 3 sifat ini jugalah perempuan selalu cakap mereka jatuh hati kat aku.okay ini adalah kenyataan benar.aku buat entry ni sebab da ramai yang tegur aku pasal sifat ke dua tu.terlalu mudah sangat caring dengan orang lain.tapi diri sendiri terabai.

aku sebenarnya tak suka 3 sifat diatas.kerana 3 sifat ini terlalu menonjol.aku pon tak tahu kenapa sifat ini melekat dan tak boleh nak ubah sejak dari dulu lagi.kerana ini juga,banyak hati yang terluka gara-gara 3 sifat ini.aku berasa serba salah.

selain itu juga,kerana 3 sifat ini jugalah aku sering kali menjadi mangsa keadaan yang selalu diambil kesempatan.aku pasti korang pon pernah kena macam ni.bila senang semua hilang.bila susah tau pula cari korang kan?haaaa.memang selalu jadi macam ni lah.

oleh disebabkan itu,aku tak suka 3 sifat ini.3 sifat ini bukanlah tak baik,tapi aku tak boleh nak kawal sebab selalu terlebih sampai orang lain tersalah faham sehingga boleh mengakibatkan aku selalu berasa serba salah bila ada yang terluka.

hurm...kan bagus kalau aku boleh kawal 3 sifat ini.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

4 comments:

syaq kylr said...

sooo..ko jgn jd pnyyg sgt ...kurg kan lah sifat pnyayang anda iss...:D

Miss Butterfly said...

nak gelak sini boleh? agagagagagaga #okbai~

aliahsaiful said...

ha ah..
baik sgt sampai org ambik kesempatan.
=)

Unknown said...

suka kaco orang ke?masa gath ari2 tak kaco pn akak...hahaha