Thursday, June 16, 2011

tak dirancang



assalamualaikum

mesti korang tertanya tanya,ape benda ni tetibe je jumpa mini pula ni kan?haaa.hari ini sebenarnya ade perjumpaan mini yang tak disangka-sangka kan kerana semuanya dirancang oleh Amalina yaacob yang tetibe je call pepagi buang tebiat borak2 pastuh dia ajak keluar jumpa dengan seorang blogger bernama Iera Kan.

untuk pengetahuan korang Amalina Yaacob ini adalah seorang blogger juga.hoho.pada awalnya tak nak ikut pergi sebab malas nak keluar rumah.bila difikirkan balik,duduk rumah je,bila nak excercise badan ni.asyik makan duduk tido je setiap hari.tak buat pape.so follow lah.

sampai awal di KL sentral.menunggu Amalina Yaacob yang datang lambat.bertemu dengan beliau dan terus ke MCD untuk bersarapan jam 11.30 pagi.still sarapan lagi kan?ok abaikan.then pergi ke TS*tempat terlarang untuk GATH* menemani Amalina mencari barang tapi satu pon tak beli.hanya sekadar usha sahaja.

masa ini Iera Kan tak sampai lagi sebab lewat skit kerana pergi ke kolej beliau terlebih dahulu.jadi aku dengan Amalina ni pon decide nak tengok wayang KL Gangster bersama dengan Iera jam 2.30 petang.Iera sampai jam 2 petang tepat di pawagam GSC Berjaya Time Square.

cari buku ape tah yang mereka teruja sangat nak baca di Bourders dan tak jumpa.hampanya mereka berdua ketika itu kerana tak dapat mencari buku yang dimahukan.pastuh g la tengok wayang.cerita KL Gangster amat menarik dan terbaik setakat ini.memang best dan tak rugi tengok cerita ini.sempat lagi tu promote.

lepas je habis tengok wayang,tetiba je  Iera ajak pergi ke PWTC untuk bertemu dengan Bro Framestone,Ben Ashaari dan beberapa blogger yang agak femes disitu kerana mereka ada event yang berkaitan dengan blogger.

ok sangat teruja dapat jumpa blogger femes depan mata.memang tak disangka-sangka boleh bertemu muka dengan muka.siap tangkap gambar lagi dengan mereka mereka yang femes ini didalam LRT.memang muka tebal sebab ramai yang tengok masa tangkap gambar ketika itu.

selepas habis je event tersebut memang dengan diorang semua ni la sampai balik dan berpisah di KL sentral.memang terdiam la kat situ bila bersama dengan mereka sebab yela,mereka orang femes,aku ni picisan je.memang senyap jela.tak terkata dan suara tak nak keluar.tak tau kenapa.sampai Bro Framestone cakap "senyap je dia ni?" ok segan disitu*

itu je nak citer.gambar takde.gambar semua kat Bro Framestone.credit to Sony Alpha yang dibawa oleh Bro Framestone.*sedang ternanti nanti gambar dari Bro Framestone.

semuanya berlaku tanpa dirancang.sekian sila jangan jeles dengan saya.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

1 comment:

Andrik McVean said...

hi there i have followed your blog and i hope you can follow me back..you have a very nice blog here and see you on my blog ya! cheers