Friday, June 17, 2011

berkhatan?

assalamualaikum.


tetibe je nak post pasal berkhatan.kenape ye?bukan aku yang nak berkhatan.aku dah lama da berkhatan.hahahaha.nak post pasal ini entahlah mungkin ramai yang tak tau kebaikkan khatan ni kot?ade juga la adik adik sedara aku tanya ape guna berkhatan ni?hanya sekadar mengikut tradisi je ke?aku nak jawab je berkhatan itu berguna bila da besar nanti.sekarang blum berguna lagi sebab benda ni ambik masa.*hebat tak?*


ok mari aku bagitau secara ringkas,padat dan mandat tentang berkhatan ni.jangan kata ramai la yang tahu kan?adik sedara aku pergi tanya pakcik pakcik aku tu pon ade yang "jam" nak jawab.hahaha.


mengikut dalam islam berkhatan untuk lelaki dilakukan dengan membuang 'foreskin' , kulit yang menutupi kepala zakar (glans penis) sehingga nampak keseluruhan glans penis keluar. Ianya boleh dilakukan dengan berbagai cara.


Untuk kanak- kanak perempuan pula ianya dilakukan untuk memenuhi syarat berkhatan pada namanya. Ini bermaksud memotong pada sebahagian kecil di 'daging berbentuk balung ayam di atas saluran kencing' (yakni kelentit atau klitoris). Ini patut dilakukan sesedikit yang mungkin dan tidak mencacatkan.jangan tak tahu perempuan pun boleh berkhatan.


adalah menjadi wajib bagi lelaki untuk dikhatankan dan bagi perempuan pula adalah terpuji bukan wajib kerana mengikut kata sebahagian ulama yang mengatakan terpuji bagi perempuan adalah kerana zaman dulu tidak diamalkan sepenuhnya.


haa jangan ingat berkhatan ni hanya yang beragama Islam sahaja.sekarang ni semua pon dah mula nak berkhatan tanpa mengira agama dan usia.Masya~Allah.hebatnya ilmu agam Islam ni sampai orang bukan beragama Islam pon turut ikut amalan yang diterapkan.


kelebihan berkhatan



1.asas kebersihan dalam Islam
2.untuk perbezaan agama ( namun pada hari ini, khatan juga dilakukan oleh bukan Muslim )
3.mencantikkan bentuk kemaluan
4.memelihara tenaga batin
5.sunah Nabi Ibrahim a.s dan Rasulullah
6.mengelakkan zakar terkurung di dalam kulup ketika sedang ereksi atau menegang
7.menghindarkan dari penyakit
8.mengurangkan keinginan onani ketika anak-anak baru baligh


tidak lupa bila sebut pasal benda ni mestilah ada yang tertanya pasal sexuality life itu kan?haa segan plak korang nak tanya ye?meyh sini aku bagitahu pasal sexuality life apabila sudah berkhatan ni.



Kajian terbaru menyatakan lelaki yang telah berkhatan mampu memberi lebih kepuasan seksual kepada pasangan. Kenyataan ini berdasarkan penelitian ke atas 455 lelaki Uganda yang berkhatan baru-baru ini.


Sekitar 40% mengaku hubungan seks lebih menyeronokkan selepas mereka melakukannya. bagi wanita pula, berkhatan menyebabkan pasangan mereka kurang atau tiada masalah untuk mengalami atau mengekalkan ereksi. Di samping itu, tahap kepuasan seks mereka juga bertambah baik kerana pasangan lelaki lebih bersih, masa yang lama diperlukan untuk mencapai orgasme dan lebih kerap menjalinkan hubungan intim.




haaaa.jangan salah sangka,berkhatan ini merupakan salah satu fitrah daripada lima iaitu



1.khatan
2.memotong bulu kemaluan;
3.menggunting misai;
4.memotong kuku; dan
5.mencabut bulu ketiak. (Bukhari-Muslim)


bukan ape,berkhatan ini merupakan salah satu cara untuk menjaga kebersihan di alat sulit.haa jadi jangan rasa berkhatan ni takde ape-ape faedah.fikirlah balik ye.


*info encik goolge*






gambar tak boleh letak bebanyak.ramai sangat adik dan kakak yang datang bertandang.takot nanti jadi post 18SX.hahaha


kerana dan pasal Cik Tyee ni selalu sangat cakap pasal da sunat ke blum,maka terhasil nak buat.entry baik punya untuk cik tyee.hahaha :p
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

5 comments:

K said...

haha, sakit woo berkhatan :P

mimie saienie said...

mcm topik sepah td je

Ai-Sis said...

sergeant keroro;memang sakit le.kalau cara tradisional.kalau moden,kurang sikit sakit dia.hahaha

Ai-Sis said...

mimie saie nie;hahaha tak tengok pon ML tadi.tak tau pula sepah pon ade buat topik ni?ni yang kena tengok ni :D

Jemari MonteL said...

ape nihhhhh.....ape nihhhh..... nape ku dibacklink????? keh keh keh...... *mate ke bawah tangan ke pusat*