Tuesday, June 7, 2011

pengisytiharan tamat oleh IPOH.



assalamualaikum.

fuuuuhhhhhhhh.alhamdulillah.akhirnya telah pon diisytiharkan tamat sudah event yang terbesar yang hanya berlaku selama 2 tahun sekali disetiap cawangan.tapi kali ini kolej daku menjadi tuan rumah,sebab itu lah penat sangat bila da habis kerana kekeringan tenaga.

kali ini memang aku rasa yang terbaik la kot berdasarkan para lecturer yang dah berkali kali pergi ke SUPTEM.yang paling terbaik yang pernah dianjurkan setakat ini.bangga sungguh kerana mendapat pujian dari para lecturer.hahahaha.kembang sat.

memang banyak kenangan selama berada di KPM Seri Iskandar.antara yang paling tak best ialah dapat tangkap pelbagai gambar dan dipuji oleh lecturer yang hebat dalam bidang gambar kerana dapat banyak aksi takraw yang sangat cantik.hehehehehehe.well.walaupon tak pakar,still boleh tangkap gambar dengan baik kan? :D

antara yang paling tak best berlaku kat daku ketika selama 5 hari berkampung di KPM ialah daku kena sunburn =.= memang tak best.terkena dimuka,telinga,tengkok dan kedua dua belah tangan.memang nampak pink dan gelap habis la tangan daku.nak tido golek sana sini pon tak boleh kerana pedih.hadoi.

yang paling manis untuk kolej daku pula,berjaya merangkul pingat.haaa.ade 4 kategori sukan yang mendapat pingat.iaitu sukan bola sepak,bola jaring,takraw dan pingpong dari 7 sukan yang dipertandingkan.memang hebat belaka la atlet sukan kontijen IPOH ni.memang terbaik lah setakat ini selama menyertai SUPTEM ini.

mendapat pingat emas untuk sukan bola sepak dan sukan bola jaring manakala dapat pingat perak untuk sukan takraw dan sukan ping pong.sebelum ini,IPOH cuma menang sorakkan sahaja.memang tak sangka kali ini berjaya membuatkan kontijen yang lain gerun dengan IPOH.haaaa.terbaik laa derrr!

yang paling tak manis pula ialah pasal ade salah seorang ahli staff dari bangi yang agak kekurangan ajar dengan pengadil bola jaring.siap baling kerusi dan baling ais dalam plastik kat pengadil.dahlah pengadil tu perempuan,yang buatnya sampai nak tumbuk dan ugut itu pula lelaki.memang orang kata kekurangan ajar dan adab la.

selepas itu dikatakan pula dan diwar warkan kepada kontijen lain bahawa IPOH ada sogok pengadil.memang tak bernas langsung kerana bukan IPOH yang mencari pengadil tapi KPM sendiri yang cari.jadi mana mungkin IPOH boleh sogok pengadil?

agak kecewa sangat lah dengan cawangan yang lain kerana kalah dan menang itu adat pertandingan tapi kenapa sampai dengki sangat dengan kemenangan yang IPOH kecapi sampai ajak semua kontijen boo IPOH pula kerana kemenangan yang dikecapi secara adil??

bertanding biarlah secara sehat.menang kalah,kita senyum jelah kerana yang menang itu adalah yang layak untuk menang kerana lebih hebat.jadi mengapa perlu kita iri hati dengan kemenangan orang lain kalau kita tak hebat?berusaha keraslah untuk bersaing secara sehat,bukan macam ini.boo sana sini,gaduh mulut semua.

antara cawangan pula tu.kalau lain kolej ke itu tak berapa nak heran sangat.ini satu kolej tapi berlainan cawangan pon nak bercakaran begitu.tak malu ke nak bercakaran sesama adik beradik?memang agak kecewa lah dengan cawangan lain.kerana dengki,semua ini terjadi.haih.

papepon IPOH da bangkit sekarang.sila gerun!!! hahahahahaha.paling terbaik antara yang terbaik.tahniah sekali lagi IPOH atas kemenangan 4 pingat.biarlah apa yang nak dikatakan oleh orang luar.yang penting IPOH bertanding secara adil dan saksama serta bersungguh-sungguh.memang tidak dinafikan layak untuk menang apa yang dimenangi.tahniah sekali lagi :D
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

No comments: