wahai pujangga hati.ketahuilah sang perindu sedang memanggil dan memuja dirimu dari jauh.hanya mampu kirimkan sang angin sebagai penganti diri ini.melihat sang rembulan bertemankan angkasa yang kosong umpama seperti sang rembulan rindukan sang bintang yang jauh berada disana.hanya cahaya yang mampu dikirimkan.
ketahuilah bahawa aku sudah tidak mampu untuk membendunginya lagi.aku sudah penat melawan semuanya.mungkin ada baiknya ku pendamkan apa yang dirasakan.biarlah orang yang aku sayangi bahagia dengan orang yang tersayang.
kerana sayang,aku harus mengorbankan segala-galanya.sebuah senyuman mu mampu membuatkan dunia ku terang benderang dengan sang pelangi.maafkan aku atas semuanya kerana sudah tidak mampu untuk berdiri lagi.
kerana senyumanmu sangat bererti buatku.maafkanku kerana berahsia dan maaf kerana aku sudah tidak pasti sampai bila aku kan ada disisimu lagi.
No comments:
Post a Comment