assalamualaikum
huhuhu lama tak update entry secara umum.selalu update entry syok sendiri je kan?kali ni nak update entry pasal cinta sebab apa?sebab cinta adalah lumrah dunia dan merupakan sebahagian daripada kita semua.termasuklah aku sekali.
sebagai seorang manusia normal,cinta itu wajib.tak kira dengan siapa,cinta itu tetap akan hadir jika seseorang itu adalah normal.dan adalah tidak normal jika kita bercinta dengan kaum sejenis.lihat,itu juga adalah cinta.tapi cinta terlarang yang tidak akan diredai oleh yang maha Esa.
tak aku nafikan,seorang manusia itu akan jatuh cinta banyak kali dalam hidupnya.well yeah mungkin ada yang terpilih oleh yang maha Esa untuk jatuh cinta sekali dan berkekalan sehingga ke akhir hayatnya.tapi mereka yang terpilih itu bagaikan 1 dalam berbillion.cukup rare untuk dilihat.dan kebanyakkannya akan jatuh cinta berkali-kali.
aku bukan nak kupas pasal benefit bila jatuh cinta sekali dengan jatuh cinta banyak kali.bukan.aku hanya nak kupas tentang pengalaman itu mengajar seseorang untuk menjadi lebih berhati-hati apabila jatuh cinta untuk kali kedua dan seterusnya.
secara am nya,semua orang akan berasa takot untuk kehilangan orang yang dicintai dan lebih menakotkan yang akan menyebabkan kita untuk sedih sangat adalah kerana puncanya adalah kecurangan terhadap kita.well ini adalah salah satu sebab utama kita jatuh cinta lagi.dan ada yang membuat keputusan untuk berhenti seketika dan tidak lupa ada juga yang sudah tidak mahu jatuh cinta lagi.
bila sudah jadi begini,secara automatiknya dalam diri kita akan ada rasa sangsi dengan pasangan kita.kerana apa?pengalaman mengajar kita.sekiranya percaya 100% bila sudah tak jadi nanti,hati akan berasa sangat terluka.sebab itu kita kan merasa sangsi tak kira apa pon.pendek kata,tak akan mempercayai 100%.
selain itu,kita juga akan cuba untuk menyiasat ke mana dia pergi,dengan siapa,dan paling penting sekali,kita mesti nak tengok adakah kawan yang dia kluar itu memberi pengaruh besar terhadap hidup pasangannya.maksudnya ex dia lah.
sekiranya tiada baru lah kita akan merasa lega kan?tapi itu tak bermaksud kita perlu lepas tangan.errrr maksud aku,naluri pasangan tu tetap perlu ada.dengan erti kata lain,mengambil berat tentang pasangan kita dengan lebih berhati-hati.
secara tidak langsung jugak,sekiranya pasangan kita ada akaun dalam memana network,kita pon mesti nak buat kan?tak cukup dengan satu,buat sampai dua tiga akaun yang lain dan add semua friends pasangan kita semata-mata nak tahu dengan siapa dia berkawan dan dengan siapa yang dia rapat.dengan erti kata lain,ialah stalker.pelik kan?stalk awek sendiri.
paling common sekali ialah handphone.pasal bab handphone ni of course kita nak check dengan siapa dia sms dan call sebab handphone sekarang ni bagaikan satu alat yang memegang rahsia seseorang.of course la sms yang jiwang dan romantik yang dapat dari pakwe/makwe kan?jadi mesti kita nak tahu juga apa yang terkandung dalam handphone itu selain dari sms yang kita bagi kat dia.
dan paling tak tahan tu,ada juga sesetengah dari kita,terover plak dalam nak berhati-hati.dalam kata lain,awek/pakwe dia kluar je,dia follow sekali.sekali bukan kluar berdua.tapi kluar berasingan sebab nak mengintip depan depan kerana kita akan lebih percaya dengan apa yang kita lihat dengan mata kita sendiri kan?well pengalaman mengajar kita dan tidak mustahil dia juga buat benda yang sama terhadap kita kan? :)
jangan pernah salahkan sesiapa kerana berbuat begini kerana dia hanya bersikap ingin tahu dan itu tidak salah.tapi salah kalau cemburu buta.dalam erti kata lain,kalau sekadar melepak macam borak borak sambil makan dan minum biasa kat kedai mamak pon nak marah,itu da melampau.kan?hahaha.
jangan tipu aku la kalau korang tak buat semua ini walaupun salah satu sebab aku juga adalah salah seorang yang buat benda ini.tapi tidak semuanya.semuanya ini aku hanya dapat berdasarkan pengalaman aku memerhati kawan-kawan aku sendiri :)
okay lah kalau taip pepanjang nanti korang mengantuk plak nak baca.jadi sampai disini jela dulu sebelum insya~Allah akan ada sambungan dalam entry yang lain :)
1 comment:
kadang2 bila dah kecewa , perasaan nak mempercayai org lain sangat tipis !!
:(
Post a Comment