bersua kembali dalam blog ini.haaaa kali ini nak update pasal berani ambil risiko.ambik risiko ini lebih kepada topic memasak la kot,rasanyalah.aku pon tak pasti apa yang aku nak bebelkan sebenarnya.takpe just read ahead sampai habis yea.mana tau ending dia lain ke kan?haha
aku suka style western.dan aku juga suka memasak dengan imaginasi beralaskan style western.kebanyakkan barang masakkan aku semua adalah basic.cuma aku takde la guna whine ke arak ke ape ke benda yang haram tu takde la macam orang putih guna untuk memasak.
nak buat sesuatu yang sedap dan baru kita perlulah berani ambil risiko walaupun benda simple,tapi memberi impak yang sangat mendalam dalam memenuhi selera makan.jangan pandang rendah terhadap tugas seorang chef.sekarang ni budak budak pon da pandai nak memilih membuatkan kita perlu pandai dan kreatif dalam menyediakan sajian.
contohnya aku buat spagetti yang guna angel hair tu.nak buat sesuatu yang sedap dengan mengunakan barang yang ada sahaja.tak perlu barang mahal-mahal nak buat makanan sedap,betul tak?barang yang simple pon kalau kita tahu pakai,memang akan sedap.kan?jangan pandang sebelah mata beb.
kadang-kadang kita guna barang yang mahal,contohnya seperti udang,daging,ayam dan lelain untuk bahan utama masakkan.tapi kalau tak tahu bermain dengan imaginasi dan berani untuk mengambil risiko untuk mencuba pon tak guna juga kan?
berbalik pada spagetti aku tadi,aku masak kuah dia mengunakan sos cheese and herb.aku rasa kalau makan kosong macam ni memang tak sedap.aku pon open la fridge aku.sebab dalam otak aku fridge aku da kosong rasanya sebab tak pergi beli barang dapur lagi.
aku tengok bahan yang simple je untuk ditambahkan dalam sos aku.yang aku tengok ada kerang yang dah siap mak aku kupas.so aku capai la kerang tu.untuk pengetahuan korang aku tak pernah masak spagetti dengan kerang okay sebab bagi aku kerang itu mempunyai aroma yang sangat kuat.
so aku ambil risiko dalam mencuba sesuatu yang baru.aku rendamkan kerang tu dalam air tepung untuk beberapa minit kemudian aku letak dalam kuah sos spagetti tadi.aku rendam dalam air tepung tu untuk hilangkan sedikit bau kerang yang sangat kuat kalau buat kuah.
dan yes.aku berjaya buat sesuatu yang baru dengan berani mengambil risiko dan ianya menjadi serta sangat sedap.dihidangkan dengan daun ketumbar di atas serta daun bawang.memang terbaik la makan.tapi abg aku yang habis makan sebab aku ingatkan nak simpan untuk malam.tengok dia da habis makan.hahaha tau pon sedapnya.hahaha.
contoh lainnya,setiap malam aku memang akan lapar dan kemungkinan besar aku ade insomnia kot?tu pasal tak tido dan merasa lapar bila da larut malam.berjaga pula depan laptop dalam suasana gelap.memang terasa lapar la.
then tadi aku berimaginasi lagi melalui style wester iaitu nak buat chicken burger with hash brown and cheese.memang style kan?tak pernah dibuat orang rasanya kat malaysia ni.memasak kita perlu menjadi kreatif dan positive.
then aku pon tengok bahan,roti takde.so tak jadi la nak buat chicken burger with hash brown and cheese.so aku just buat hash brown with cheese je.makan dengan begitu sahaja.sedap gak rasanya.macam ni la kiranya kalau aku ada roti nak buat resepi aku.jeng jeng jeng!
secara konklusinya beranilah ambil risiko dengan bermain dengan bahan masakkan untuk membuat sesuatu masakkan yang baru dan sedap.begitu juga kita mengaplikasikan dalam kehidupan seharian kita.
nak berjaya kita perlu berani ambil risiko dan mengorbakan apa sahaja untuk mendapatkan hasil.hidup ini adalah mengenai risiko.orang yang berani mengambil risiko dan tidak takot jatuh adalah orang yang berjaya.
jadi sila fikir yea kawan kawan :)
.
2 comments:
berani mengambil risiko dalam cuba buat resipi baru mmg kreatif...cuma antara rajin dan malas je nak buat tu.. :)
<----x reti masak. = ="
Post a Comment