Sunday, November 6, 2011

aidiladha yang hambar.



assalamualaikum

tadi da update ni nak update lagi.tak salahkan?jeles orang ramai duk update kemeriahan menyambut lebaran aidiladha.ketika semua orang duduk bergembira menyambut salam lebaran aidiladha yang sangat bermakna ini.semua orang meraikan dan memakan daging korban.yeah.tersangat meriah.tapi bagi aku aidiladha kali ini sungguh hambar buat diri aku.

dimana semua orang pergi meninggalkan rumah ini untuk pulang ke rumah masing masing,aku tinggal sorang-sorang.yealah.baru minggu lepas aku balik.takkan nak balik lagi.pastuh datang balik then balik semula.rasa cam buang duit je.

untuk pengetahuan korang exam aku start 2 haribulan.selepas itu 10 dan 11 haribulan.sebelum mula exam tu aku da balik.then takkan aku nak balik lagi untuk aidiladha ni?then datang bali 9 haribulan untuk exam?selepas itu?balik semua?rasa cam tak berbaloi pula rasa.

lagipon duduk kat rumah tu bukan aku study pon.so memang membuang masa dan duit je balik.tak sampai 3 hari lepas tu balik semula.buang duit,minyak dan tenaga.jadi untuk mengelakkan daripada itu berlaku,aku mengambil keputusan untuk tinggal sini.

sadis bukan?orang lain memulakan juadah dengan menu berintikan daging.tapi aku?hanya makan roti gardenia berperisa jagung 2 keping dari pagi sampai ke petang.sementara itu aku hanya duduk rumah melayan cerita drama korean bertajuk Pasta.

sangat sadis.pukul 6.25 petang aku kluar rumah mencari kedai untuk makan malam.tapi sedih juga sebab semua kedai tutup.terpaksa pergi makan kat MCD.kluar melayang duit aku hampir RM20.00.orang lain semua makan free,aku makan kluar duit.ish ish ish.kesiannya aku.dah tu sambut aidiladha sengsorang tanpa ditemani sesiapa.

haih...ternyata aidiladha kali ini sangat hambar buat aku.sungguh menyedihkan.haaaaiiihhh....
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

4 comments:

Miss Butterfly said...

hikhokkkk.. tayah nak sedihlaaaa.. cool jepp.. mekdii tuuu.. weewiitt!! >.<

RinsyaRyc said...

siannye awak...

<---amat suke dngan gardenia. tolong kirim pi sarawak. org sarawak kalau pi smnanjung mesti cari roti tu~

Sya_Merpati Putih 88 said...

selamt hari raya aidil adha..


good luck exam nnt..baut yg terbaik ye..=)

Unknown said...

heheh.. sabo je la... nasib baik aidil adha.. kalau aidilfitri, amacam... ade yang tersedu sedan...