Tuesday, October 11, 2011

terima kasih awak :)



assalamualaikum

hee nak bagitau je saya nak berterima kasih kat awak sebab sudi meluangkan masa dengan saya walaupun tak lama dan tidak lama pon kenal.saya ingin berterima kasih kat awak sebab bawak saya jenjalan kat pantai.terasa seperti terlupa segala kekusutan yang ada di kepala ini sebentar.

memang saya amat memerlukan pandangan yang macam itu untuk melepaskan stress saya yang dah lama berkumpul di kepala ini.terima kasih awak sebab sudi teman saya berjalan-jalan di pantai.saya sangat menghargai apa yang awak lakukan.terima kasih.

saya sebenarnya sangat sukakan pantai.sebab pemandangan pantai sangat mententeramkan saya dikala saya sangat kekusutan.tapi kat sini takde pantai mahupun laut.tapi awak telah bawak saya pergi berjumpa dengan pantai.terima kasih.

bukanlah tidak pernah langsung pergi ke laut.pernah tapi bila pergi dengan family tak sama rasanya bila pergi dengan orang selain daripada keluarga.entahlah satu perasaan yang tidak dapat saya ekspress kan dengan kata-kata.yang saya tahu,amat berbeza bila pergi dengan keluarga dan pergi dengan orang selain keluarga.

mungkin itulah saat yang paling indah dalam kotak memori saya sebab sebelum ini saya ingin pergi ke pantai untuk menikmati pemandangan pantai secara realiti.tapi blum ada lagi kesempatan itu.selalu je berangan bila pemandangan pantai keluar kat TV.alangkah bagusnya kalau saya berada dipantai itu.indah sungguh bila matahari terbenam dan naik meninggi ditepi pantai.

tapi takpe lah,aritu tak kesampaian lagi nak tengok matahari terbenam dan naik meninggi sebab sampai lewat kan?tapi masa yang lain akan ada lagi.dan bila bila saja kita boleh pergi ke pantai itu bersama-sama untuk last sem saya disini.

hurm...sedih pula bila fikirkan saya bakal last sem next year.terfikir yang saya akan meninggalkan semuanya disini dalam kenangan.entah bila lagi dapat kita bertemu dan berjalan jalan ditepi pantai lagi seperti hari itu.terima kasih.awak buat saya merasakan nak menangis tapi apakan daya,mata saya ni mata batu.susah nak kluarkan air mata kalau terharu.hehehehe.takpelah lupakan dulu pasal perkara sedih yang melibatkan perpisahan ini.

tentang apa yang berlaku,apa yang dirasakan,apa yang dihadapi biarlah kita sahaja yang tahu walaupun hakikatnya mulut terkunci untuk berbicara tentang semua ini.saya nak awak tahu saya takkan lupakan semua ini.bagi saya ini adalah yang terindah untuk ketika ini berbanding dengan benda lain.

terima kasih awak sebab buat semua ini untuk saya.terima kasih ye awak.saya amat bersyukur sebab dipertemukan dengan awak.awak buatkan saya hilang kekusutan untuk seketika waktu.terima kasih sekali lagi yang tak terhingga :)

.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

1 comment:

emy|farid said...

auww sweet. nak romantik2 gak kat pantai, tenang je