Wednesday, October 26, 2011

haih apa nak jadi.

assalamualaikum

kali ini update plak pasal seorang hamba Allah ni,takperlu aku mention sebab aku bukan nak mengaibkan orang tapi sebagai peringatan juga terhadap aku.terpulang pada diri masing masing untuk menerima atau pon tidak.tiada paksaan untuk menerima.orang kata kalau diri sendiri tu tak nak,orang lain bunuh mati pon memang takkan nak punya.

okay ceritanya begini,setiap orang tidak sempurna.jangan pernah kata diri itu sempurna langsung.terutama dalam cerita cinta.selalunya mereka akan cakap "tanpa awak saya tak sempurna" lebih kurang gitu la ayatnya.itu semuanya salah sama sekali.walaupun ada 'awak' itu masih lagi tidak sempurna.

okay stop.takde kaitan aku citer atas ni.hahahaha.beginilah.kawan kawan ku sekalian.aku bukanlah nak kata baik sangat dan bukanlah jahat sangat.sejahat aku pon,aku takdela sampai nak tikam belakang orang.aku faham keadaan yang bila keluar kepompong untuk melihat dunia itu sangat menghairahkan.

mungkin sebab kejutan budaya itu pasal jadi begitu.mungkin kau tak nampak apa yang berlaku tapi kawan-kawan kau telah pon khabarkan dunia sebenarnya macam mana.berhati-hatilah di dunia ini.tapi aku sedih bila kau sendiri tikam belakang kawan kau yang tolong kau macam-macam.

aku tahu kau terkena kejutan budaya bila kau mendapat sesuatu yang baru.lebih senang aku citer adalah kuasa.kuasa yang kau ada ini takkan bertahan lama.semua itu adalah duniawi.sedarlah diri tu sebelum terlambat.

cuba kau rasakan dan cuba kau letakkan diri kau kat dalam keadaan kawan kau.kau tolong dia bagai semua berkongsi rasa dan rahsia tiba tiba dia tikam kau.buruk burukkan kau semua dengan orang yang baru kau kenal.patut ke?

kawan yang tolong kau selama ini,bantu kau selama ini kau tikam belakang dia.kau burukkan dia.pergh sape yang tak terasa hati?selama ini semuanya dia tolong kau.tapi ini yang kau balas kat dia?kenapa??kau tak sedar lagi ke kawan kawan yang banyak tolong kau tu asyik kena tindas je dengan orang yang baru kau kenal?

come on la.come to your sense.dia yang tolong kau selama ni.orang yang kau baru kenal tu ade tolong kau ke?pernah dia tolong kau bila kau susah pasal keja ke pasal college ke ade?takde weyh.sape jugak yang tolong?kawan kau jugak.kawan kau yang ada kat sini.bukan dia.

kawan kau jugak yang kenal orang yang baru kau kenal tu lebih lama.dia lebih mengetahui apa yang kau tidak tahu.dia khabarkan.tapi kau berdegil.okay tak kisahlah.siapalah dia untuk menegur siapa kau perlu kawan kan?tu hak kau untuk berkawan.

tapi perlu ke kau memburuk-burukkan dia dengan orang yang baru kau kenal?aku tahu kau nak perhatian orang lain seperti orang orang lain yang mendapat perhatian.tapi berbaloi ke apa yang kau lakukan ini?aku tak rasa ini semua berbaloi.

aku tak tahu la kau sedar ke tak sedar yang orang tu mempergunakan diri kau je untuk mendapatkan maklumat.apa yang diberikan itu hanya sekadar pancing kau je.kau tengok lah lepas ni apa yang akan terjadi.jangan salahkan orang lain jangan pernah kau cuba cari kawan kau  tu balik bila kau ade masalah nanti.

aku nak tengok siapa yang kau cari kalau kau ade masalah nanti.aku nak tengok siapa yang nak tolong kau nanti.percayalah.sekali kau mengecewakan kawan yang sanggup tolong kau sanggup berkawan dengan kau tanpa mengira apa sekali pon,saat itu jugalah kau kehilangan sesuatu yang berharga lebih daripada apa yang orang tu boleh bagi kat kau.

sebelum terlambat better kau sedar diri lah sebelum dia sendiri tak perdulikkan kau.kau dengan dia da berapa lama kenal weyh?kau dengan orang tu berapa lama kau kenal?tak boleh nak fikir ke?come on la.kau tu da besar.boleh bezakan yang mana buruk dan yang mana yang baik.

kau sanggup tikam belakang orang yang lagi lama kau kenal dengan orang yang baru kau kenal kan?aku pon tak faham lah kenapa dengan kau ni.haiihhh mengucap laaaaaaa aku ni hah.nak tegur kesian.kang cakap aku macam-macam.hah jadi kalau terasa dengan entry ni muhasabah la diri kau tu seeloknya.patut ke buat macam ni?

terpulanglah pada diri kau sendiri nak buat apa pon.aku cuma boleh tegur kau dalam entry je.kang berdepan tegur kang bermasam muka plak.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

2 comments:

Miss Butterfly said...

tak ramai manusia sekarang yang ingat jasa orang lain. sebab tu jangan terlalu percaya kat orang.

dah banyak kali berada kat tempat "kawan" tu.

RinsyaRyc said...

orang yang paling dekat dengan kita, dialah paling tahu kelemahan kita, sifat dan kekurangan kita...

^^