Tuesday, July 12, 2011

nilailah sendiri



assalamualaikum

kali ni nak update pasal menilai.haaa menilai ni ade macam macam.menilai kualiti,menilai karangan,menilai kekretifan diri dalam menjana idea,menilai sesuatu produk,menilai kekurangan,menilai pendirian orang lain dan sebagainya.tapi kali ini nak cakap pasal menilai antara baik dan buruk.

aku cuma bercakap secara umum.kalau secara spesific mungkin akan menguris hati sesiapa yang membaca entry ini.jadi maaflah aku ucapkan terlebih dahulu sebelum ade yang terguris walaupun entry ini secara umum dan bukan niat untuk mengenakan/mengata/mengejek dan sebagainya.

aku menceritakan cerita ini bukan untuk menunjukkan siapa betul siapa yang salah.terpulang kepada sesiapa yang membaca untuk menilai sendiri.ambil pengajaran daripada apa yang akan aku ceritakan ini.

watak A,B,C, D,E

ceritanya begini

pada hari 1 ketika sudah habis makan malam didepan asrama antara A dan E,mereka berdua berborak mengenai junior yang baru masuk ke kolej mereka.si E ni selalu la bertanya dengan si A ni sebab si A ni terlibat dalam orientasi dan si E ni cuba untuk mencari seorang awek dikalangan junior yang baru masuk."awek ini kita bagi dia jadi huruf C".jadi si A ni pon tolonglah si E ni dapat kan C ketika itu juga.bukan dapat C,tapi dapatkan no telephone C je.

pada hari 2 pula ketika di cafe,si C ni lepak dengan B dibelakang meja si A ni.si A ni saje lah nak mengusik gurau gurau dengan si C ni cakap jeles sebab C lepak dengan B tapi tak tau la si C ni salah faham ke ape ke kan ingat si A ni nak mengorat si C ni.padahal si A ni niat nak senda gurau je.

pada hari 3 pula si D ni update la status kat FB pasal security guard yang tah pape dan sebagainya *malas nak citer panjang* si A ni pula ternampak si D ni update status di FB.untuk pengetahuan korang si C dan D ni sama sama kawan satu batch yang merupakan junior dan si D ini juga adalah awek.

si A ni pon saje lah tanya kepada si D ni pasal statusnya dan si D ni pula bercerita la panjang lebar sampai membabitkan si B ni.si A ni pon tak tau si B ni yang mana sebab ade dua orang.so dia cakap si B lagi sorang ni *yang lepak dengan si C di cafe* si A ni pon tak nak la cakap panjang pasal si B ni dengan si D ni.memandangkan si D ni update status pasal si pak guard ni,si A ni pon menasihatilah si D ni supaya berhati hati dengan orang sekeliling.sebab kat asrama tu benda pelbagai seperti benda halus dan orangnya pon berbagai ragam.

pada hari 4 pula,si B ni datang berjumpa dengan si A ni.si B ni cakap si A ni ade buat salah dengan memburuk-burukan si B ni dekat si D.yang si A ni pon pelik.buat salah ape pula tetiba ni dengan B.memang si A ni da espect da pasal hari 3 tu dan memang comfirm si D ni salah faham dengan apa yang si A ni cuba sampaikan dan si D ni pon bagitahu kat si B ni.si B cakap lagi si C ni  adacakap si A ni jeles bila si C ni lepak dengan si B.so memang si B ni lebih percayalah kat si C dan D ni lah.dah si D cakap si A ni burukkan B,si c pula cakap si A ni jeles.so memang comfirm lah si A ni dah tau memang terdapat salah faham antara si A,C,dan D ini.

puas da si A ni terangkan kepada si B ni bukan memburukkan si B ni.perkataan berhati-hati itu disalah ertikan.tapi si B tidak percaya dan masih berkeras.takkanlah si A ni tak boleh fikir dengan waras?buat apa nak memburukkan si B ni sedangkan mereka berdua ini satu kelas dan masa masih panjang lagi untuk berpisah.

tapi si B ni tetap dengan keputusan itu,malah menyerang si A.si A ni pon berfikirlah lebih baik diam diri daripada cakap.cakap pon si B akan pintas percakapan A dan takkan percaya.tetap dengan cerita itu.demi untuk selesaikan dengan cara baik,si A ni pon mengaku jelah kesalahan itu.

moral of the story


bagi aku, adalah lebih baik buat hal sendiri daripada sibuk hal orang lain.tak ada guna.berniat baik tapi disangka buruk.tak pepasal diri sendiri menjadi mangsa keadaan.jadi terpulang kepada mata-mata yang membaca untuk menilai sesuatu berdasarkan akal fikiran masing masing.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

2 comments:

Rien Rose said...

betul..salh phm mcm ni slalu jadi an..huhu

AnakPakZohar said...

uishh.. pening2.... tu lah kan.. btter buat hal seniri jek..