Wednesday, July 27, 2011

zalim sungguh



assalamualaikum

astafirullah...sesungguhnya aku merasakan syukur yang teramat kerana aku bukanlah jenis yang meluahkan kemarahan aku dengan perbuatan.alhamdulillah.aku bersyukur sangatlah pasal ini.

bukan ape,tadi aku ade terbaca tentang satu artikel.bukan artikel la tapi seperti berita pendek je yang agak zalim.bukan agak,tapi teramat zalim sangat.artikel ini tentang seorang lelaki membakar kemaluan wanita.memang aku terkejut dengan orang zaman sekarang ni.dulu digemparkan dengan pembunuhan yang mayat dikerat.selepas itu ilmu hitam atau sihir seterusnya dikejutkan dengan pembuangan bayi anak luar nikah.kali ini pula dikejutkan lagi dengan seorang lelaki membakar kemaluan wanita.

sesungguhnya manusia itu penuh dengan kejutan yang tidak disangka sangkakan walaupun seekor binatang juga tidak pernah melakukan sedemikian rupa.syaitan juga tidak melakukan kezaliman seperti itu.pelik yang amat kerana manusia lebih zalim dari syaitan.

cuba renungkan perkataan ini "manusia dikatakan lebih kejam dari syaitan".bila aku renungkan balik apa yang dikatakan itu,ada benarnya.mengikut Islam,syaitan dikatakan hanya menghasut manusia untuk melakukan perkara yang jahat.tetapi manusia itu sendiri yang MELAKUKAN perkara itu.bukan syaitan.jadi ternyatalah manusia itu lebih kejam dari syaitan.

haih...dunia da semakin akhir zaman.banyak pula binatang yang berkeliaran dimuka bumi ini yang bertopengkan manusia.sedih.sedih aku lihat perkara seperti ini berlaku.tidak adakah sedikit pon belas kasihan dan takut untuk melakukan perkara seperti itu?tepuk dada tanya iman.

astafirullah.hanya dengan secebis api kemarahan itu sahaja sudah hilang segala pertimbangan akal sehingga sanggup melakukan pelbagai perkara diluar jangkaan seseorang manusia itu sendiri.diharap kita semua mengambil iktibar tentang apa yang berlaku disini dan semoga terhindar daripada segala benda yang menyesatkan dan terpelihara dari segala rasa yang membuatkan kita hilang pertimbangan akal.

berita itu boleh dibaca disinisanasitusinun ye.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

2 comments:

AnakPakZohar said...

sabar itu perlu... ^^

yunZatie said...

manusia lebih jahat dari binatang