assalamualaikum
tadi terbaca satu artikel pasal ego perempuan di newsfeed aku yang dipost oleh amira atiya.haaaa kiranya entry ni macam khas untuk entry ego perempuan lah.korang boleh baca entry tu kat sinisanasitu.blog ini pasal cinta la.korang boleh la baca kalau nak tips.hahaha.
ini adalah pendapat aku lah tentang entry ego perempuan.bagi aku bukan pihak lelaki je yang perlu buat semua itu.perempuan pon boleh juga.tapi kalau nak dibandingkan ego lelaki dan perempuan,ego lelaki lebih tinggi.memang tidak dinafikan langsung.sebelum terus baca pendapat aku ni,aku rasa better korang baca dulu entry "Ego Perempuan" dulu.kalau tak mesti korang tak faham.
seperti yang dinyatakan,perempuan "kaji selidik" tentang lelaki itu dalam mendapatkan cinta yang sejati dari mereka.memang betul perempuan banyak berfikir lebih dari lelaki.tapi sedarkah dalam masa yang sama,ego lelaki menguasai minda mereka?
bukan lah nak kata kalau perempuan senang untuk mulakan dulu,maka dilabel seperti perigi cari timba.itu hanya pepatahan lama.jika dah suka sama suka,mengapa mesti dan perlu lelaki sahaja yang memulakan langkah untuk mendapatkan nama,no phone dan sebagainya.tidak salah pon jika perempuan boleh buat begitu.contohnya dlam filem 3,2,1 cinta. *siap promote movie lagi*
bercakap pasal maruah,perempuan tak mulakan semua itu hanya kerana maruah mereka,lelaki?takde maruah ke?memang orang kata be a gentlemen bagai semua tu,tapi tak salah pon kalau perempuan start dulu kan?ye memang most of the time lelaki yang buat,tapi tahu tak apa yang difikirkan lelaki?lelaki akan berfikir "asyik fikir pasal maruah dia je.maruah aku pula sape nak fikir?selalu aku je start dulu.dia?kadang kadang je."
bagi aku,jika perempuan melakukan seperti mana lelaki lakukan untuk mendapatkan no phone dan sebagainya,tak rasa pon lelaki itu dalam "comfort zone" seperti yang tertera dalam entry itu.tentang itu aku sangat tak setuju lah.mungkin la dalam 10 orang 5 orang akan rasa macam tu,memang tak dinafikan itu kenyataan,tapi aku tidak bersetuju.bagi aku,same same lah bertolak ansur untuk memahami antara satu sama lain.bukanlah lelaki selalu sangat mengharapkan perempuan itu buat semua dulu,bukan,tapi hanya ingin bertolak ansur.
takperlulah nak ikut sangat pasal barat dan adat melayu sangat lah kan.bagi contoh pasal Rasulullah S.A.W sudah lah.Baginda dipinang oleh isterinya Siti Khadijah yang lebih tua daripada Baginda ketika itu.jadi ape kes nak cakap be a gentlemen?ape Rasulullah itu tak cukup gentlemen ke?nak cakap isteri Rasulullah itu seperti perigi mencari timba ke kerana meminang Rasulullah yang lebih muda?tidak kan??bukanlah aku nak memain dengan agama dan sebagainya.jauh sekali nak menghina atau mempersoalkan.aku hanya ingin membuka mata para pembaca untuk berfikir positive dari segala segi dengan apa yang Allah tunjukkan kepada kita.tak mustahil perempuan boleh jadi seperti lelaki yang memulakan segalanya.
tapi janganlah kerana adat kita sendiri memakan diri kita sendiri tambahan lagi dengan budaya barat yang makin menjadi jadi sekarang.nasihat aku,kalau dah suka,cakap je.terima atau tidak itu belakang cerita.janji kita da luahkan apa yang kita rasa.
selain itu,semuanya aku bersetuju dengan apa yang dikatakan dalam entry itu.ini hanyalah sekadar pendapat aku sahaja.tidak salah dan tidak pula betul.terpulang kepada orang yang membaca entry ini.
5 comments:
hehe yg penting klu suka luahkan sebelum terlambat dan menyesal kelak .. huhu ..
tak salah kan perigi cari timba .. muke surat 89 perenggan keempat hahah :D
oh..mmg betul pendapat En. Ai sis tersebut, tapi jika dilihat sekarang pun dh ramai perempuan mulakan langkah untuk menyunting sang kumbang. sekarang semua pun macam dh even lelaki perempuan. :)
hoho..ok je kot bg cik..x slh pon kalo pompuan nk mulakan dulu..
kalo dh suke,just say it..who cares kan?
herm laki perempuan mmg berbeza.\dpends sndri nak yg jadi yg jenis mcmmna;)
jnji sopan dan xmlggar maruah masing2 ;) nice.
hhuhuuhu.... no komennnnnn... kehkeh.. so far tak penah terdetik kot.. kehkehkeh
Post a Comment