Saturday, April 2, 2011

diam

assalamualaikum kepada semua pihak yang membaca secara tidak langsung.mestilah tak langsungkan?kalau secara langsung,da duduk kat tepi aku ni ha tengok  aku taip entry ni kan?ni korang tengok selepas aku publish,so secara tidak langsung la en?

ok sekarang ni aku malas nak fikir pasal perkara yang remeh temeh ni.kepala aku da cukup kusut lah dengan apa yang da berlaku disekeliling aku ke,kat tempat aku ke kat kolej ke kat mana-mana jela yang memang aku rasa ade masalah yang remeh temeh.

maksud aku,semua perkara yang kecik aku da malas nak fikir.cuma ambik tahu je apa yang berlaku dan mendiamkan diri.aku rasa mendiamkan diri itu lebih baik rasanya?entahlah.itu pendapat aku je untuk berdiam diri.takde la nak kata aku ni baik dan tak mengumpat orang lain.aku ni pon manusia biasa jugak tak terlepas dari mengumpat orang lain cuma aku sekarang ni kalau boleh nak kurangkan mengumpat orang lah.

sekarang ni aku tengok,ramai orang berlakon je depan orang.belakang orang,cakap macam macam.aku ambik situasi contoh lah.si A,B dan C adalah kawan yang baik.tapi A tak suka B,dan B tak suka A.jadi dia cerita kat si C ni bila mereka berdua je dengan C.maksudnya A citer kat C apa yang dia tak suka tentang B bila B takde.then si B pula cerita kat C tentang A apa yang dia tak suka tentang A bila A takde.

macam tu la lebih kurang.memang bagus la masing masing berlakon depan orang,belakang kutuk kutuk.bukan nak cakap sesiapa pon,aku pon kadang kadang macam tu gak.biasalah manusia biasa.tak sempurna pon.tapi tu la sekarang ni nak ambil tahu je,malas nak cakap banyak banyak.atleast kurang la skit dosa tu walaupun mendengar pon da dosa,tapi takde la tambah dosa dengan berkata pula kan?

takde la nak kata alim sangat.suruhan agama pon tak lengkap juga.so tak boleh nak cakap apa sangat lah kan sebab diri sendiri pon lebih kurang je.cuma nak kurangkan jela.nak berhenti serta merta tu.memang tak mungkinlah.takde orang boleh berhenti serta merta apabila da biasa.mesti ambil masa juga kan?


Allah berfirman yang bermaksud: Katakanlah: Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Zumar: 53)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika kalian melakukan kesalahan-kesalahan (dosa) hingga kesalahan kalian itu sampai ke langit, kemudian kalian bertaubat, nescaya Allah SWT akan memberikan taubat kepada kalian”. (riwayat Ibn Majah dari Abi Hurairah, dan ia menghukumkannya sebagai hadis hasan dalam kitab sahih Jami’ Shagir - 5235).

Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Friday, April 1, 2011

you know yourself better than i do.

assalamualaikum kepada semua sekali.

ok kali ini saya terpanggil untuk berbicara tentang sedikit pasal "orang tertentu" yang memaksa untuk menulis didalam blog ini.yelah bukan tak nak cakap depan depan.kang makan dalam,sendiri gak susah.so untuk mengelakkan ada pihak yang makan dalam,saya tulis kat blog je.

terus terang saya katakan,saya sendiri telah pon makan dalam dengan "orang tertentu" ni.bukan nak cari masalah bukan nak mengungkit bukan nak apa la kan.cuma sedikit penjelasan tentang apa yang berlaku lah kan sebab "orang tertentu" ni perli memerli kat status di FB.

ok sini ade sedikit penjelasan kepada "orang tertentu" ni.


take note


berdasarkan tanggapan "orang tertentu" ni aku ni menyusahkan je sebab aku ni punca barang "orang tertentu" ini rosak.ye aku akui memang sebab aku barang rosak.tapi bukan salah aku,bukan aku yang merosakkan barang itu.ye aku minta maaf sangat sangat kat "orang tertentu" ini sebab menyusahkan sangat kau.

ok penjelasan tentang aku tak balas dan tak angkat phone?sorry la "orang tertentu" aku da balas kat no maxis kau.tapi kau tulis kat status kau "aku mesej dia ,tak reply langsung ..tuh aku marah" memang aku rasa cam sape yang tak balas msg sape ni?mungkin aku hantar msg tak sampai kat kau kot?tak pon kau send msg kat aku,aku sendiri tak dapat?entah lah aku malas nak fikir banyak.tentang call tu,aku kat dalam kelas,kau nak aku kena marah dengan lecturer ke?dah la lecturer ade depan aku je.so tolong ar jangan nak cari kesalahan aku je.aku siap tanya "hamba ALLAH" sorang tu masa diorang nak balik,aku tanya mana kau,aku nak bagi duit sebab aku terserempak dia kat lobby,dia cakap kau dah balik.so macam mana?lecturer pon lepaskan pukul 6.30 petang.come on la.


time aku nak bagi duit,kau suruh aku simpan.pastuh nak salahkan aku,aku tak bagi duit pula.kau bagi statement "belum amek lg laa ,mualaf tuh ta bg duit kat aku semalam ..bongok" boleh tahan la kau nak salahkan orang lain jugak.siap kata BONGOK tu.padahal aku nak bagi kau,kau suruh simpan.pastuh kau tak cakap awal awal pon kau nak ambik barang kau tu.tahu tahu je petang dapat msg kau nak g ambik.salah sapa sekarang?apa salah kau inform aku awal awal.malam tu ke cakap nak g ambik barang kau?kan senang?


pastu sekarang ni kau nak salahkan aku atas segala-galanya lah kan?kau memang terbaik dalam buat kerja macam ni kan?terima kasih lah.aku harap kau sedarlah sendiri apa yang kau buat ni betul ke tak.kang aku tegur/cakap kang,kata aku ini la itu la.so sekarang ni,pepandai lah kau nak buat macam mana.you know yourself better.




Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.