Tuesday, April 3, 2012

long distance relationship



assalamualaikum

nak update entry untuk berkongsi pulak.lama tak update entry yang berkongsi pengalaman kan?selalu dok up entry personal thing je sejak dua menjak ni.maklumlah daku da final year.so agak busy dengan final project yang bertimbun itu.jadi aku nak ambik kesempatan untuk update mengenai long distance relationship.ni semua punca budak ini yang update entry setepek khas untuk daku plak berkaitan dengan keagamaan.memandangkan dia da up status begitu,aku pon dengan senang hatinya ingin berkongsi pasal long distance relationship yang mana aku tak sentuh pasal hal keagamaan sebab daku sendiri pon belum tentu lagi baik dan cukup ilmu didada untuk berkata-kata mengenai hal keagamaan.mari daku kongsikan sedikit pengalaman daku.



ramai orang berkata-kata dan takot bila disebut mengenai long distance relationship.kerana apa?kerana si dia berada jauh dimata pasangannya.pasangannya terasa tak selamat,tertipu dan sebagainya yang melambangkan kepada perasaan negative yang membuatkan pasangannya ingin tahu dan melihat apa yang dilakukan oleh pasangannya didepan mata setiap hari kalau boleh.ramai orang juga kata long distance relationship itu sebenarnya bermain dengan risiko sebab apa yang daku utarakan diatas tadi.

bagi daku,long distance relathinship ni sebenarnya bergantung pada diri seseorang itu juga.tanya pada diri sendiri,ikhlas kah bercinta?bercinta kerana apa?jujurkah?sekiranya dapat jawab dengan jawapan yang positive daku pasti kesudahannya juga adalah positive melainkan ada orang yang tidak jujur.memang benar kata orang.inrelationship je pon.bukan nak bawak pergi kahwin pon.itu benar.tapi kalau kita tak inrelationship,macam mana kita nak kahwin kan??korang nak macam zaman dulu ke?parents tentukan jodoh korang?tak kan?mesti korang nak cari jodoh korang sendiri kan??

bila sebut pasal cinta.ramai yang memberikan jawapan yang sama.tiada lain selain itu yang akan dijadikan jawapan.contohnya seperti,jujur setia tanggungjawab kasih sayang caring dan sebagainya.semuanya nilai yang murni.nilai yang membawa kepada kebaikkan pada diri masing masing.tapi tahukah korang long distance relationship ini sebenarnya adalah apa yang korang jawap tentang cinta selama ini?mungkin korang sedar,tapi korang masih lagi takut dan trauma kena tipu dan sebagainya kan?

bagi aku,semua itu adalah dugaan dan pengalaman yang mengajar kita untuk berhati hati supaya kita dapat menilai seseorang itu mencintai kita kerana apa dan kenapa.tanpa ada sesuatu yang terjadi lagi,kita takkan alert dengan apa yang dah berlaku.ada sebab kenapa sesuatu itu berlaku dalam kehidupan kita.macam orang selalu kata,setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.hikmah itu lah yang mengajar kita erti hidup dan kedewasaan tentang dunia yang fana ini.eh sorry.termasuk sedikit bab keagamaan.hahaha.

tak perlu nak tengok contoh yang jauh.cukuplah daku sebagai contoh.daku sebenarnya adalah long distance relationship.dan masih bertahan selama 3 tahun dengan si dia.selama 3 tahun itu,boleh kira berapa kali jumpa dan berapa kali berdating.sesetengah orang,kalau tak dapat nak jumpa selalu,akan clash sebab tak tahan dan takot kena tipu seperti yang daku utarakan atas tadi.tapi disini daku tidak takut kerana daku tahu daku ikhlas,dan terima dia seadanya dan dia juga begitu.daku tahu 3 tahun bagi sesetengah orang,apelah sangat.ada yang lebih lama dari itu.

korang mesti tertanya tanya,pernah tak dapat khabar berita yang dia berpoya poya dan curang.secara jujurnya pernah.tapi masalah itu diselesaikan dengan cara yang baik,bertolak ansur,siasat dengan betul sebelum buat sebarang tindakkan.untuk kekalkan hubungan jarak jauh ini,korang perlu sentiasa bertanya khabar.berkongsi segala rasa.bertolak ansur,memahami serta mempercayai pasangan korang.



tak semua orang berjaya dengan long distance relationship.dan terus trauma dengan long distance relationship.nasihat aku,jangan pernah takut untuk jatuh cinta walaupun cinta jarak jauh sebab setiap kali kita jatuh cinta,kita akan lebih menghargai cinta orang lain terhadap kita kerana kita sendiri tahu cinta setiap orang sangat berbeza dan kerana itu kita akan lebih menghargai cinta yang dipahatkan oleh si dia.

long distance relationship ini sebenarnya sangat manis bak kata budak ini tadi.boleh kumpul rindu banyak banyak dan leraikannya bila berjumpa.bila terlerainya rindu itu,ya Allah,bahagianya rasa.takpercaya?apa kata korang try :)


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

4 comments:

emy|farid said...

long distance jimat duit, hehe

emy|farid said...

long distance jimat duit, hehe

aydah ahmad said...

jyeeaahh !! tuu diaaa . muehehe . mentang-2 awek dia jauhh ! haha XDD okay gud way okay and nice entry . hehe .
betol laa kan kalau jauh buleh kumpul rinduuuu manyak2 . hahah XDD


p/s : nasiblaa kita takde pakwe . mueehehe XDD

Neijie said...

hurmm..long distance elak dari duk berjumpa and keluar bersama..ehehehe