Wednesday, March 14, 2012

think before you speak




assalamualaikum sebagai pembuka bicara.

nak up entry pasal tak puas hati dengan salah seorang penguna acc FB yang berada dalam group yang aku juga turut disitu.aku tak puas hati sebab dituduh dengan tuduhan yang tidak berasas.sangat sangat memanaskan hati bila kena macam itu.

actually ada la sorang mamat ni kan.dia dok promote baju group.aku tak tau la dia admin ke ape ke tetibe dok promote baju group.aku tengok tak ramai yang beli pon.jadi aku kebetulan adalah duit skit aku pon beli la baju group tu.on the spot aku bayar masuk acc bank dia.dia kata baju akan sampai paling awal,awal bulan satu dan paling lewat akhir bulan satu.

masa pertengahan bulan dua tu,aku ada balik umah nak tengok baju da sampai ke belum.tapi ternyata tak sampai lagi.aku pon tanya dan minta penjelasan kepada si pembekal yang mulut manis sangat-sangat bila nak jual barang.dia kata ada sedikit masalah teknikal jadi tak sempat nak hantar dalam bulan satu.aku pon ok lah.kadang-kadang apa yang kita rancang tak semuanya akan terjadi seperti yang dirancangkan kan?

then now da nak masuk pertengahan bulan tiga.dan aku balik disebabkan cuti sem.so aku tengok,baju tak jugak sampai.aku pon pelik la jugak.sebab da 2 bulan setengah takkan tak sampai lagi baju kan?aku pon tanya lah lagi sekali dengan sopan santunnya aku bertanya meminta penjelasan sebab aku sebagai customer dan aku juga membayar on the spot bila diminta bayar ada hak untuk bertanya kenapa baju itu masih tidak sampai.

pada awalnya dia jawab dengan elok.dia kata semua yang bagi pakai tangan da dapat.yang tak dapat cuma dengan pos je sebab dia pakai pos biasa bukan pos laju.aku still tak jawab.aku cuma tengok je.lepas tu dia boleh pulak cakap,

"jgn ler risau bju tu memng ade, sy xtipu pn..
setakat rm25 bkn boleh kaya pn sy nie..
x reti sabar..
masa nk byr liat.."

punya hangin aku bila dia da kluar statement macam ni.aku bertanya punya sopan santun minta penjelasan kenapa lambat itu je.boleh plak dia bagi statement macam tu walhal aku bayar on the spot pulak tu masuk account dia.free free je dia cakap aku tak reti sabar...dah tu time bayar liat...

pergh menyirap kot baca statement dia.aku bertanya kenapa lambat,takde pon dok tuduh mamat ni songlap duit.takde pon kata tak sabar.kalau aku tak sabar,dah lama aku bamboo mamat ni masa pertengahan bulan dua aritu.

hello bro~kau tu jual barang kat orang.bila orang dah bayar,minta penjelasan kenapa lambat macam tu kau jawab kat customer kau?wei jangan cari pasal dengan customer.customer always right kalau kau belajar business la kan?sekali kau bagi statement bodoh kat customer,memang langsung tiada kali kedua la orang nak beli barang dah dari kau.busuk nama kau sampai bila-bila gara-gara statement bodoh kau ni.

think before you speak.ni pasal tak berfikir sebelum berkata-kata lah jadi macam ni kan?wei untuk pengetahuan kau,aku tak beli baju group kau pon takpe.aku tiada masalah.aku beli sebab admin dia tu kamcing dengan aku.dan aku tengok tak ramai pon beli.aku beli sebab aku nak support group dia je.kalau tak aku pon malas nak beli lah baju group kau ni.

aku hangin bukan sebab benda tu sampai lambat,tapi statement kau yang tak berasas sangat tu.orang lain yang liat nak bayar kau dok kata aku plak yang liat nak bayar dah tu tak reti sabar.memang aku menyesal beli barang dari kau pon ade kau tahu?tak reti nak berbudi bahasa bila orang berbudi bahasa dengan kau.kau baca blog aku tak?kalau kau baca aku harap kau berubah perangai kau bila kau ceburi bidang dalam business sebab kalau begini sikap kau,tak sampai dua bulan da bankrupt habis.

ade aku kesah kalau kau nak bising?da memang betul kau bagi statement begitu.aku siap PS lagi comment kau kat dalam group tu.kalau nak,boleh je aku paparkan comment kau tu kat dalam blog ini.first of all,jangan cari pasal bila kau sedang buat business.second,jangan kurang ajar dengan customer kau,third,berbudi bila orang berbudi dengan kau.kalau tak,sampai bila pon kau takkan boleh buat business.tak pepasal da kluar subject entrepreneurship yang aku belajar sekarang.hadoi.sakit hati betul aku dengan orang macam ni.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

1 comment:

Unknown said...

aku pun pernah kena ....