Sunday, September 16, 2012

disease



assalamualaikum.

lamanya tak update blog ini.hurm...maklumlah terlalu sibuk dengan practical untuk sem akhir.sekarang ni tinggal lagi 2 minggu je lagi sebelum tamatnya practical daku setelah bertarung selama hampir 2 bulan setengah.total 3 bulan je practical.terasa terlalu cepat masa berlalu.

ini cuma short update je.just nak update yang daku sangat sangat tak sehat sejak kebelakangan ini.banyak sangat penyakit menyerang terutama sekali penyakit batuk.hampir setiap malam batuk.yang peliknya siang tak batuk pula.pelik.

then buang air besar berdarah.erm...kemungkinan ade kanser.tapi tak pasti sebab baca kat internet selalunya sebab pembuluh darah bengkak kat bahagian dubur lalu pecah.sebab itu kluar darah waktu buang air besar tu.jalan penyelesaian,kena banyak makan buah buahan dan sayur sayuran serta banyakkan minum air kosong.

then,luka sana sini.biasalah kalau tak boleh duduk diam.dok tong tang tong tang pegang pisau potong sayur,daging,ayam semua sebab open house only for relatives.bayangkan masak untuk 6 buah kereta.pergh.dalam masa yang sama,pergi open house sebanyak 6 buah rumah dalam hari yang sama.tak ke mati cam gitu?

then kepala selalu pening sjak kebelakangan ni.panadol?mlas nak makan.tak elok juga kalau selalu makan panadol ni.nanti merosakkan badan.hurm...bila pening,duduk dan baring jela mampu.kalau kat tempat kerja,tutup mata dan rest sekejap.itu je yang mampu sebab tak mampu nak buat ape-ape.

selsema.hurm.setiap kali lepas mandi selsema.aku pon tak faham kenape selsema.da selsema tu,bersin jangan cakap.selalu je bersin sampai banyak sangat tisu digunakan untuk lap hingus yang bertaburan dari hidung meleleh leleh jatuh.

hidung berdarah.benda da berlarutan lama sangat.tapi cam takde effect.mak kata sebab badan panas sangat.maklumlah kluar masuk kluar masuk berjemur bagai semua kat office.then tak minum air kosong pon.tu pasal badan panas sangat.daku pon tak faham.banyak je daku minum air sampai daku rasa perut da kembung dengan air.tapi still cakap tak cukup air.cam mana?

haih macam macam dugaan melanda sejak kebelakangan ni.hurm...tahlah.mungkin hayat dah tak lama dah kot.Allah saja yang tahu berapa lama lagi hayat aku didunia ini.hurm...pape pon keredaan itu penting.kalau tak reda maksudnya tak menerima ketentuan Illahi.

hurm...kata update short entry,tapi da cam panjang pula.hurm...takpelah...ade masa nanti kita ketemu lagi ye kawan kawan.terima kasih sebab sudi baca pasal kesihatan daku :')
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Tuesday, August 14, 2012

sekat komunikasi?


assalamualaikum

wahai para pembaca yang baik budiman lagi bijaksana untuk menilai yang mana satu yang buruk dan yang baik.semoga hidup pembaca yang membaca ini dirahmati Allah sempena 10 hari terakhir ramadhan ini.rasanya masih tidak terlewat lagi untuk menambahkan amalan sekarang ni sementara tunggu bulan ramadhan berlalu pergi kan?

ok kat sini bukan nak bercerita pasal ramadhan ke ape ke bukan.tapi kat sini nak bercerita tentang sesuatu yang patut korang ambil berat tentang ini.ini tentang orang yang bercinta yang masih belum ada ikatan yang sah sebagai suami isteri.ini tentang kongkongan.

ok berbalik pada topic kongkongan,aku rasa sangat tidak patut kepada mereka yang tiada kaitan seperti suami ister.malah kalau suami isteri pon,kongkongan itu tidak perlu.inikan pula pasangan yang blum nak jadi suami isteri.

bukan nak kata salah kalau terlalu cinta dan ingin mengakhiri percintaan itu dengan perkahwinan.itu amat dituntut dalam Islam untuk mengelak dari kemaksiatan berleluasa.daripada kumpul dosa baik kumpul pahala ye tak?

aku paling tak faham kenapa ada pasangan yang menyekat kebebasan untuk berkomunikasi dengan orang lain yang berlainan jantina hanya kerana dia adalah awek/pakwe orang lain.tak nampak apa rasionalnya buat macam tu.

rileks laa.baru bercouple je kot.dah nak sekat kebebasan untuk berkomunikasi.ape benda jadah ni?belum suami isteri lagi kot nak ikot patuh cakap mereka yang bukan mahram tu apesal?otak shock ek?

daripada kau patuh cakap mereka yang bukan mahram dan blum pasti lagi dia jadi hak milik halal korang,baik korang patuh cakap ibu bapa korang yang membesar dan mendidik korang dari kecik.dapat pahala.

kenape?sebab bila bila masa je pasangan korang tu boleh dump korang.korang tak fikir bila korang da ikut cakap dia,sekat kebebasan untuk berkomunikasi berlainan jantina,tetibe dia dump korang.korang nak harapkan siapa disisi korang?

kawan kawan sejenis pon belum tentu faham korang seperti mana kawan berlainan jantina itu faham korang walaupun boleh dikira siapa yang paling faham korang selain dari family korang.jangan kerana korang sedang bercinta,kawan kawan semua korang abaikan.

please la ubah.fikiran dah tak rasional ke sekarang ni?nak sekat sekat kebebasan berkomunikasi bagai ni?yang aku peliknya,budak yang da habis sekolah menginjak dewasa yang selalu masalah macam ni.

budak sekolah tu mungkin la boleh diterima sebab baroo nak up.fikiran tak rasional dan tak berapa nak waras lagi.semua benda dia nak buat dan ikut cakap pasangan dia.tapi yang da menginjak dewasa ni?buat macam ni?pergh!

tolong fikir dulu sebelum bertindak untuk ikut apa saja yang pasangan korang nak.elakkan daripada diperbodohkan dan diguna pakai semata-mata.dan tolong jangan dipersiakan hidup dan masa korang semata-mata kerana pasangan korang yang belum tentu akan jadi pasangan hidup korang.

bak kata orang,cinta sebelum bekerja ni sebenarnya mencari pengalaman je.kerna pengalaman itu mengajar kita untuk berfikiran matang dan sangat berharga.



Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.