Saturday, April 30, 2011

dugaan

assalamualaikum

seperti biasa kita ketemu lagi dalam blog yang usang ini yang berbezanya cuma sudah tidak sekerap yang mungkin seperti dulu ye.kerana kekangan masa yang selalu tidak mengizinkan diri ini untuk meng-hup-date-kan entry entry yang merepek dan bosan seperti dulu.

didalam kehidupan aku ini,terdapat masa senang dan susah.seperti kalian juga yang sedang membaca entry ini.tidak aku nafikan itu lumrah sebagai seorang hambaNya yang sentiasa dijaga tak kira siang dan malam mengenai iman dan takwa.

selalu aku lihat,orang yang dilanda musibah dan dugaan ini cepat melenting dengan pelbagai keadaan yang menimpa dirinya.ye aku juga tidak terkecuali dari itu.cuma sifat aku agak berlainan sungguh dengan orang lain.bukan nak kata aku ni istimewa,hebat atau riak.jauh sekali untuk berkata begitu.

ketika saat musibah melanda diri aku,aku tidak pernah marah walaupun hakikatnya aku memang nak marah,tapi suara itu tidak pernah ditinggikan.mungkin hanya ayat sahaja yang setajam pisau.tapi tidak dikatakan depan depan kerana ini mengundang pergaduhan antara dua orang umat Islam yang sepatutnya tolong menolong antara satu sama lain.

dah menjadi lumrah sekiranya aku marah,aku tidak pernah meninggikan suara.aku hanya mampu mengeluh dan mengukir separa senyum sahaja.aku bersyukur kerana jadi begitu dan tidak melepaskan amarah secara buta tuli.dengan ini aku dapat melatih diri aku untuk lebih bersabar dengan apa yang terjadi.

alhamdulillah.tapi aku risau sekiranya tahap kesabaran ini menjadi semakin nipis hari demi hari.aku pon manusia biasa juga.tak terlepas dari perasaan hendak mengunakan cara kasar.tapi alhamdulillah setakat ini belum pernah aku mengunakan rasa kasar selain mengukir separa senyum dan biarkan ianya berlalu begitu sahaja.

benar kata orang,orang yang selalu senyum ini hatinya banyak berparut kerana menahan segala amarah yang terkumpul.hanya Allah sahaja yang mengetahui apa maksud senyuman itu.alangkah indahnya sekiranya semua manusia ini mengerti apa maksud senyuman yang diukirkan itu.senyuman yang mengukir tanda sabar itu lebih baik daripada senyum dengan berniat jahat.



dugaan itu mengajar erti kesabaran dalam menempuhi liku liku kehidupan.

Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

rama-rama





assalamualaikum
mari kita dengarkan sedikit tazkirah maghrib mengenai berharganya diri wanita.


Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.


Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.


Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.


Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu diri dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu diri digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan kita dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. kita tidak muncul sendiri, sebaliknya kita adalah lambang pengorbanan ibu bapa.


Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak wanita ialah memelihara kehormatan. Selama mana diri kita memelihara kehormatan dan maruah diri kitaa berada pada terbaik, sebaik sahaja kita tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, kita sudah kehilangan masa depan.



 Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika kita tidak pernah tahu kewanitaan dalam diri itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, kita ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri kita wahai wanita. Semakin sukar kita dimiliki semakin mahal nilai kita di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi kita. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna kita.



 Setelah warna- warna itu hilang diri kita akan dibiarkan tanpa pegangan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, wahai wanita dan kita akan lebih dihormati. Nilai diri kita bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki kita tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai kita.


 Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana kita belum menemuinya anggaplah diri kita masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.